Sempena Minggu Mahrajan Kebudayaan dan Kesenian Islam 2011 telah diadakan amali ibadat haji dan umrah. Amali ini telah dijalankan pada 6 Julai 2011 di padang sekolah mulai 8 pagi hingga 1 tengah hari. Di akhir amali ini diadakan pula sesi soaljawab mengenai haji dan umrah.
أسرتى

أنـا أحـبكـم حـبا جـدا
Sunday, July 10, 2011
Wednesday, July 06, 2011
MACAM-MACAM AKTIVITI...........
Dua tiga minggu ni sibuk je......mcm2 aktiviti. Rupa2nya jd cikgu ni kena buat mcm2. Bukan masuk kelas dan mengajar je.....aktiviti luar bilik darjah lagi banyak....Ingatkan hujung minggu boleh la bersantai2....tp rupanya hujung minggu lagi banyak program. Program sekolah + program sendiri & keluarga = ?????????????
Mai tengok program2 yg dah dijalankan sejak dua tiga minggu lalu.............
Mai tengok program2 yg dah dijalankan sejak dua tiga minggu lalu.............
18 Jun 2011 - Pertandingan mewarna pada hari Karnival Pendidikan dan Kerjaya Malamnya diadakan Majlis Anugerah Gemilang dan Jamuan Amal - tak sempat nak snap.... |
19 Jun 2011 - Pertandingan mewarna pada Hari Terbuka Asrama - Nawal dan Iman turut serta |
Suasana pada Hari Terbuka Asrama
22 Jun 2011 - pelajar Puteri Islam berlatih mengukir buah sbg
persediaan untuk pertandingan
23 Jun 2011 - Bertugas di padang untuk peringkat Saringan dan Akhir Hari Sukan |
25 Jun 2011 (pagi) - Kejohanan Olahraga Sekolah |
25 Jun 2011 (petang) - Pelajar Puteri Islam menyertai Hari Puteri Peringkat Daerah Kuantan - pertandingan mengukir buah tembikai adalah sebhgn drp aktiviti yang diadakan |
Tahniah......nasib baik dapat tempat ............
29 Jun 2011 - pertandingan menghias ice-cream.....sebahagian drp aktiviti Hari Koperasi Sekolah Sebelum tu ada pertandingan membuat karipap....takde gambar sbb sibuk membuat karipap...hi3... |
1 Julai 2011 - mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah....aktiviti sempena Mahrajan Kebudayaan dan Kesenian Islam |
Friday, July 01, 2011
Penatnyaaa...............
Aduhhh.....penatnya beberapa minggu ni. Tugas di sekolah setiap hujung minggu, sejak penggal 2 persekolahan di buka. Minggu pertama kerja 7 hari sampai ke malam....Karnival Pendidikan dan Kerjaya, Majlis Anugerah Gemilang, Jamuan Amal PIBG, Hari Koperasi Sekolah dan Hari Terbuka Asrama. Minggu Kedua....Kejohanan Olahraga Sekolah. Minggu Ketiga....Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia....
Rindu nak update blog ni.....tp sibuk dan penatnya.....
Hari ni sibuk pulak dengan Kursus Pengurusan Jenazah....seharian. Malam ni, lepas maghrib akan ke sekolah lagi....pertandingan Busana Muslim/Muslimah dan pertandingan Nasyid, sempena Mahrajan Kesenian dan Kebudayaan Islam.
Ok....dah Maghrib.......solat, then......sekolah lagi....malam ni jadi hakim pertandingan nasyid.
Tungguuuuu........

Tuesday, June 07, 2011
CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN 2011
"Takkan cuti sekolah ni tak gi mana2," suara Nawal.
"Abah kerja...kita je yg cuti."
"Takkan abah tak boleh cuti."
"Nanti la, bincang dengan abah dulu." Bimbang nak berjanji, kalau2 tak dapat ditunaikan.
"Nak gi jalan ke mana?"
"I-city, Shah Alam," Nawal mengusulkan.
"Ummi kena habiskan marking kertas periksa ni dulu. Lepas tu tanya abah...."
Selepas berbincang, kami setuju nak ke I-city, Shah Alam. Bertungkus lumus la aku menghabiskan memeriksa kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Ni la gambar2 di I-city. Sempat juga singgah di IKEA. Beli la sikit2 untuk rumah baru nanti.........

Terserempak pulak dengan Husna (anak murid) kat sini......
HARI GURU 2011
Lamanya tak update blog ni....bukan takde cerita atau peristiwa nak diupload tapi selalu penat selepas balik sekolah. Lagi pun banyak masa diluangkan untuk berFB je.
Biar la lambat pun....nak upload jugak la aktiviti sempena Hari Guru tahun ini. Kebetulan aktiviti2 ini saya dan kawan saya yang merancangnya. Selaku Penyelaras dan Koordinator Akademik Tingkatan 4 tahun ini, kami bertanggungjawab merancang dan melaksanakan sambutan Hari Guru dengan dibantu oleh semua pelajar Tingkatan 4. Terima kasih kepada semua pelajar Tingkatan 4 yang banyak membantu walaupun mereka sibuk kerana sedang menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.
Aktiviti berakhir dengan persembahan di dewan dan penyampaian hadiah.
Inilah sebahagian drp aktiviti pada hari tersebut..........
Inilah sebahagian drp aktiviti pada hari tersebut..........
Pertandingan petanque antara guru
Ini bertanding melambung belon berair
Perlawanan bola sepak dengan pelajar (pelajar memakai kain pelikat)
Kad2 ucapan yang diterima dari pelajar
Ini dari 'My Clique'
Tuesday, March 22, 2011
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H PERINGKAT SEKOLAH
N3 terlewat kerana kelambatan mendapat foto2 dari jurukamera.........................tak kisah lah ye........
19 Februari 2011 adalah hari sekolah ganti bagi menggantikan cuti sempena Tahun Baru Cina. Jawatankuasa Pembangunan Rohani dan Bina Insan sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat sekolah. Sambutan hari ini adalah kemuncak bagi Minggu Sambutan Maulidur Rasul. Sepanjang minggu ini juga telah dijalankan Majlis Tadarus al-Quran yang dipenuhi dengan pertandingan Tilawah al-Quran, hafazan al-Quran, syarahan Agama dan Syarahan Bahasa Arab. Semua pertandingan ini adalah antara rumah.
Sempena sambutan ini, diadakan pertandingan perarakan, sepanduk dan multimedia antara rumah.Seawal 7.30 pagi semua pelajar dan guru telah berkumpul di Dataran Akhlak asrama. Semua rumah bersiap sedia dengan sepanduk dan pakaian yang dihias indah berdasarkan warna rumah masing-masing. Semua rumah berusaha gigih bagi memastikan kemenangan milik mereka.
Tepat jam 8.00 pagi semua rumah memulakan perarakan hingga ke padang sekolah. Setelah para hakim menjalankan penghakiman, semua rumah meneruskan perarakan hingga ke Dewan al-Khawarizmi.
Selawat berkumandang sepanjang perarakan hingga ke dalam dewan.
Acara di dewan bermula dengan bacaan selawat dan seterusnya pertandingan multimedia bertemakan Maulidur Rasul. Acara berakhir dengan pengumuman keputusan pertandingan-pertandingan (yang telah diadakan sepanjang minggu Maulidur Rasul) dan penyampaian hadiah. Rumah Apollo telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan dalam pertandingan sempena Sambutan Maulidur Rasul.

Pengetua dan Penolong2 Kanan memulakan perarakan
AJK BADAR
Rumah Apollo
Rumah Cosmos
Rumah Soyuz
Rumah Skylab
Masuk ke Dewan al-Khawarizmi
Mengumumkan keputusan pertandingan (sebagai Penyelaras Program)
Subscribe to:
Posts (Atom)