أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Sunday, January 31, 2010

Hujung Minggu

Kompleks LKIM Kuantan

Kerabu Pucuk Paku dengan Taugeh

Roti Paun

Cuti hujung minggu bagi ibu-ibu yang bekerja memang seronok kerana dapat memasak dengan sempurna untuk keluarga. Kalau hari bekerja terpaksalah makan di kantin. Sebelum balik beli je lauk2 yang dah dimasak dari mana2 kedai makan.
Hari ni pagi2 lagi kami dah keluar. Kali ini aku dan suami ke Kompleks LKIM Kuantan untuk membeli ikan-ikan segar dan murah yang baru dibawa naik dari bot2 yang pulang dari laut. Ikan2nya memang segar. Bestnya ikan tenggiri masak Asam Pedas Melaka dan ikan tamban digoreng garing. Ditambah pulak dengan kerabu pucuk paku dan taugeh.
Tengah hari sempat pulak menggoreng fetuccini untuk Farah yang tinggal di asrama SBPI Pekan.
Petang, menguli roti lah pulak. Kali ini Roti Paun untuk minum teh di petang hari.

Puteri Islam


Perjumpaan Pasukan Puteri Islam kali ini (27 Jan 2010) mengadakan gubahan bahan-bahan terbuang yang terdapat di kawasan sekolah. Dengan kreativiti puteri-puteri terhasillah gubahan-gubahan ini.

Sunday, January 24, 2010

The Road Of Death, Bolivia

jalan sempit yang berliku

eiiiii.....

sempitnya.....

maut menunggu...

ngeri....
Kat Malaysia ada ke jalan raya begini....... Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.


Kek Pisang

Hidangan hujung minggu. Resepi Kek Pisang daripada myresipi.com. Memang best......... semua gemar. Sekejap je habis...........



Wednesday, January 20, 2010

Dunia Seorang Cikgu...

"Ya ALLAH, wanita yg m'baca ini adalah wanita yg cantik, kuat, sabar & aku menyayanginya. KAU tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat, KAu rahmatilah setiap langkahnya dlm mencari rezeki keluarganya. KAU bersihkanlah hatinya. KAU kuatkanlah imannya. KAU peliharalah dia dari difitnah. KAU kuatkanlah ikatan persaudaraan antara aku dan dia. KAU halalkanlah ilmu yang diberikan oleh dia kepada ku. Amin Ya Rabbal Alamin. Ustazah, dikesempatan ini saya ingin memohon berjuta kemaafan daripada ustazah. Maafkan saya sekiranya saya pernah melukakan hati ustazah. Saya tau yg saya banyak melukakan hati ustazah. Terima kasih kerana telah mengajar saya agama. Saya dah anggap ustazah macam ibu saya sendiri. Doakan kejayaan saya dan rakan2 saya. Kenangan bersama ustazah takkan saya lupa. Terima kasih banyak2 ustazah. Saya sayang ustazah. IKHLAS DARI NURUL ATIFAH BINTI KASMI."

20 Jan 2010, 8.15pm.

Inilah SMS paling panjang yang diterima dari seorang bekas pelajar. Terharu rasanya. Hati tertanya2.....ada apa hari ini? Hari Guru kah? Ke...Hari Ibu. Tiba2 terima ucapan sedemikian daripada seorang bekas pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM nya. Selalunya SMS begini disampaikan sempena hari2 yang istimewa. Ah...tak kisah lah.
Begitulah indahnya dunia seorang CIKGU. Kalau saya bukan cikgu, siapa lah yang nak sampaikan ucapan dan doa sebegini( selain anak2 yang soleh/solehah.)?
Terima kasih murid ku.



Friday, January 15, 2010

Minggu yang memenatkan

Banyaknya tugas di sekolah yang harus disiapkan minggu ini. Jadual waktu guru harus disiapkan. Kalau tak siap huru hara la P & P. Course of study juga nak kena hantar minggu ini. Mesyuarat Bidang kena hadir. Tiba2 diminta pula menyampaikan ceramah dalam Kursus Kepimpinan Pelajar hujung minggu ni. Kena lah pulak membuat persediaan.........buat rujukan dan sediakan powerpoint.

Saturday, January 09, 2010

PANDUAN KAWAL KEMARAHAN

Sifat marah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya.

Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah marahnya.

Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah marahnya.

Sifat marah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.

Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”.

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : ” Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.”

“Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim” Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah.

Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya.

Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia “tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi .

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

(1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita
(2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.
(3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
(4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
(5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
(6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
(7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
(8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
(9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan.

Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal....marah marah marah

Apabila anda hendak marah…saya sarankan anda ingat kisah “PAKU DI DINDING” ini.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja,
pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ‘”Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Ingatlah....

Bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab
Bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT


5 perkara penting dalam hidup

5 perkara penting dalam hidup yang kita mahu....

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل
1:wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak

3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية سهلة جدا و بوصفة سحرية
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan

و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
mudah saja untuk mendapatkannya, hanya 15 minit setiap hari. Bagaimana?????

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
Sabda Rasulullah s.a.w

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه بركة
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في أولاده ثمرة
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan, dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

ومن ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...