أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Friday, September 06, 2013

Bunga...oh, bunga.....

Bunga....apakah perasaan anda bila menerima kuntuman2 bunga yang cantik dan harum baunya? Aduh....tentu hati pun berbunga2. Semua orang tertarik dengan bunga.

Keindahan dan kecantikan yang ada pada bunga inilah yang mendorong saya memborong berpasu2 bunga ros dan bunga raya dari nursery yang jauhnya hampir 100km dari rumah. Tambah seronok apabila encik hubby pun turut meminatinya.

Sebelum berpindah ke rumah baru ni saya pernah berpakat dengan encik hubby untuk menanam pelbagai warna dan rupa bunga raya. Saya mahu halaman dipenuhi bunga raya yang pelbagai warna.
Bunga ros....?
Saya mula tertarik dengan bunga ros apabila bercuti di Cameron Highlands. Melihat post2 bunga ros dari teman2 FB semakin menambat hati saya untuk memenuhkan halaman dengan keindahannya.

Mari kita nikmati kecantikan dan keindahan bunga ros......








 
Bunga raya mudah menjaganya berbanding bunga ros. Yang menarik pada bunga raya ialah ia sentiasa mengeluarkan bunga tanpa henti. Boleh dikatakan bunga raya akan kembang setiap hari.
Sekarang dah ada berbagai warna dan bentuk bunga raya ditanam di atas tanah atau pun pasu2 besar.
Inilah bunga2 raya yang sempat saya snap.........

 


 

 
Insya Allah, nanti saya akan upload lagi pelbagai warna dan rupa bunga yang ada di laman tu.
Ada tak sesiapa yang mempunyai bunga raya berwarna ungu? Saya sedang mencarinya. Di sekolah saya tu ada bunga raya ungu tapi segan pulak nak mintak dengan pakcik tukang kebun. Cuba cari dulu, kalau takde kenalah ringankan mulut mintak dengan pakcik tu...

 


Bunga....oh, bunga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...