أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Wednesday, July 06, 2011

MACAM-MACAM AKTIVITI...........

Dua tiga minggu ni sibuk je......mcm2 aktiviti. Rupa2nya jd cikgu ni kena buat mcm2. Bukan masuk kelas dan mengajar je.....aktiviti luar bilik darjah lagi banyak....Ingatkan hujung minggu boleh la bersantai2....tp rupanya hujung minggu lagi banyak program. Program sekolah + program sendiri & keluarga = ?????????????

Mai tengok program2 yg dah dijalankan sejak dua tiga minggu lalu.............

18 Jun 2011 - Pertandingan mewarna pada hari Karnival Pendidikan dan Kerjaya
Malamnya diadakan Majlis Anugerah Gemilang dan Jamuan Amal - tak sempat nak snap....

 19 Jun 2011 - Pertandingan mewarna pada Hari Terbuka Asrama - Nawal dan Iman turut serta
 Suasana pada Hari Terbuka Asrama

22 Jun 2011 - pelajar Puteri Islam berlatih mengukir buah sbg
persediaan untuk pertandingan


23 Jun 2011 - Bertugas di padang untuk peringkat Saringan dan Akhir Hari Sukan 

25 Jun 2011 (pagi) - Kejohanan Olahraga Sekolah
25 Jun 2011 (petang) - Pelajar Puteri Islam menyertai Hari Puteri Peringkat Daerah Kuantan -
pertandingan mengukir buah tembikai adalah sebhgn drp aktiviti yang diadakan
 
 Tahniah......nasib baik dapat tempat ............

29 Jun 2011 - pertandingan menghias ice-cream.....sebahagian drp aktiviti Hari Koperasi Sekolah
Sebelum tu ada pertandingan membuat karipap....takde gambar sbb sibuk membuat karipap...hi3...

1 Julai 2011 - mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah....aktiviti sempena
Mahrajan Kebudayaan dan Kesenian Islam
1 Julai 2011 (malam) - Pertandingan Nasyid....juga sebhgn aktiviti sempena
Mahrajan Kebudayaan dan Kesenian Islam
(sebelum tu ada pertandingan Busana Muslim / Muslimah)....gambar tak menjadi....hi3.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...