أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Sunday, December 01, 2013

Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.Punca utama kerosakan hati adalah:

1. Terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
3. Terlalu banyak makan.
4. Tidak mengambil sarapan.
5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna
    makanan, dan perasa tiruan.
7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan
    mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan
    yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun.
    Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam
    keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-
    betul fit.
8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban
    berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah
    atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus
    dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan. Kita harus
    mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan.

Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Kerana ….

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm – 11pm): Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am – 3am): Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am – 5am): Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am – 7am): Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi.

Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali.

Lewat tidur dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.


Wednesday, November 20, 2013

10 NOVEMBER 2013

"10 hb nanti kita buat makan2 nak tak?'
"Ok....nak masak apa."
"Maksu nak masak laksa tapi guna spagheti je."
"Ok jugak tu. Nanti la fikir dulu nak masak apa."

Akhirnya pada 10 hb hanya aku yang masak dengan dibantu anakanda Farah. Maksu tak jadi masak pun. (Hari lahir kami sama, tahun je yang berbeza). Bukan nak sambut hari lahir pun sebenarnya, cuma dah lama jugak kami tak buat makan2 bersama.

Maka pada 10 hb. jadilah tiga menu ni......brownie coklat, spagheti aglio olio dan burger saiz XXXXL. Ye ke?
Idea nak masak menu ni datangnya setelah makan di Bulan Cafe bersama adik dan anakanda Farah.
Aku makan spagheti dan adik pulak makan burger. Anakanda Farah mintak pulak side order brownie coklat.

Roti burger dan dagingnya dibuat sendiri. Memang enak. Inilah hasilnya....

Brownie dimakan dengan ais krim vanila....hmmm.......






Friday, September 06, 2013

Bunga...oh, bunga.....

Bunga....apakah perasaan anda bila menerima kuntuman2 bunga yang cantik dan harum baunya? Aduh....tentu hati pun berbunga2. Semua orang tertarik dengan bunga.

Keindahan dan kecantikan yang ada pada bunga inilah yang mendorong saya memborong berpasu2 bunga ros dan bunga raya dari nursery yang jauhnya hampir 100km dari rumah. Tambah seronok apabila encik hubby pun turut meminatinya.

Sebelum berpindah ke rumah baru ni saya pernah berpakat dengan encik hubby untuk menanam pelbagai warna dan rupa bunga raya. Saya mahu halaman dipenuhi bunga raya yang pelbagai warna.
Bunga ros....?
Saya mula tertarik dengan bunga ros apabila bercuti di Cameron Highlands. Melihat post2 bunga ros dari teman2 FB semakin menambat hati saya untuk memenuhkan halaman dengan keindahannya.

Mari kita nikmati kecantikan dan keindahan bunga ros......








 
Bunga raya mudah menjaganya berbanding bunga ros. Yang menarik pada bunga raya ialah ia sentiasa mengeluarkan bunga tanpa henti. Boleh dikatakan bunga raya akan kembang setiap hari.
Sekarang dah ada berbagai warna dan bentuk bunga raya ditanam di atas tanah atau pun pasu2 besar.
Inilah bunga2 raya yang sempat saya snap.........

 


 

 
Insya Allah, nanti saya akan upload lagi pelbagai warna dan rupa bunga yang ada di laman tu.
Ada tak sesiapa yang mempunyai bunga raya berwarna ungu? Saya sedang mencarinya. Di sekolah saya tu ada bunga raya ungu tapi segan pulak nak mintak dengan pakcik tukang kebun. Cuba cari dulu, kalau takde kenalah ringankan mulut mintak dengan pakcik tu...

 


Bunga....oh, bunga...

Sunday, July 14, 2013

RAMADHAN 1434H

Alhamdulillah, bertemu lagi Ramadhan kali ini. Setiap kali berakhir Ramadhan, setiap kali itu lah juga terfikir, sempatkah lagi bertemu Ramadhan akan datang? Agaknya memamg begitulah kebiasaan orang yang mula mencecah usia emas sebab 'rumah kata pergi kubur kata mari'.

Ramadhan kali ini kakak berada nun jauh di Kolej Matrikulasi Kedah. Walaupun sejak lima tahun yang lepas dia dah tinggal di asrama tetapi kali ini tersangatlah jauhnya. Dulu dia boleh balik setiap hujung minggu pada bulan Ramadhan. Walau bagaimana pun, Alhamdulillah, kakak dapat juga balik untuk menyambut Ramadhan walaupun hanya dua hari saja. Kesian, hari pertama kakak bersahur dalam bas. Sebenarnya inilah juga kali pertama kakak naik bas bersendirian jauh2. Masa di sekolah rendah dulu pernah juga naik bas tetapi ramai2 bersama rombongan sekolah. Itu pun hanya sekali. Berjela2 pesanan ku kepada kakak dan kawannya Izzati supaya menjaga keselamatan sepanjang perjalanan di malam hari tu.

Ramadhan kali ini Aina pulak yang akan balik setiap hujung minggu dari asrama. Aina dah tingkatan empat dan bersekolah di sekolah teknik. Bakal engineer....Insya Allah.

Sekarang kami hanya bertiga tinggal di rumah....bersama Nawal sibongsu. Bila anak2 dah besar makin sunyi pulak. Masing2 mula meninggalkan rumah kerana belajar. Nanti bila anak2 dah bekerja dan ada kehdupan mereka sendiri makin sunyi lah rumah ini. Akhirnya tinggal berdua semula kalau panjang umur.....putaran hidup.

ALHAMDULILLAH....

Friday, May 24, 2013

Hello............

Aduhai.............lamanya saya meninggalkan blog ni. Kadang2 malas melanda. Kadang2 tu tak sempat....... tapi yang sebenar-benarnya sekarang ni lebih banyak menggunakan Samsung Galaxy Tab 7.0. Lebih mudah dan boleh akses internet di  mana2 saja. Nak berhubung dengan kawan2 pun lebih senang....dan yang paling penting ianya percuma sama ada nak call, sms atau pun nak panggilan video.....free. Itu yang penting.....jimat kos....cuma bayar langganan Data Plan saja. Lebih jimat daripada menghantar SMS menggunakan line telepon yang ada.
Nak guna WhatsApp ke, Line ke, Viber ke atau pun Tango. Terpulang kepada aplikasi yang juga digunakan oleh rakan kita.  Mcm2 application ada. Tak larat nak download je.....atau pun nak jimat space...
Melalui aplikasi2 ni boleh la berbual dengan kawan2 seberapa lama yang mau. Sepanjang hari pun tak pe. Tak berbayar kan.....luangkan je masa yang ada.
Saya paling seronok kerana dengan teknologi komunikasi ni saya telah menemui semula kawan2 sekolah yang telah terpisah lebih 30 tahun lalu. Mula2 tu bertemu di laman sosial Facebook. Kemudian berhubung dan berbual dalam group yang diwujudkan di WhatsApp. Banyak betul isu yang boleh disembangkan. Musim PRU 13 dulu sembang pasal politik....lepas tu mengenai isu yang muncul hasil drp PRU 13 dan pelbagai lagi. Walaupun ada di antara kami mempunyai fahaman politik yang berbeza, kami masih boleh berdiskusi secara baik dan harmoni. Sambil2 tu bercerita tentang hal2 keluarga masing2 dan sebagainya.

Sekarang ni sekolah dah mula cuti. Insya Allah esok 25 Mei akan bertolak ke Kedah. Menghantar anak mendaftar di Kolej Matrikulasi Kedah. Dalam perjalanan pulang nanti akan singgah di Cameron Highland. Insya Allah....hotel pun telah di booking.

Ok la.....dah tengah hari. Nak masak pulak......Assalamualaikum wbt......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...