أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Sunday, July 10, 2011

KURSUS KEPEMIMPINAN EMAS SEMSAS 2011

7 hingg 9 Julai 2011 - SEMSAS telah mengadakan Kursus Kepemimpinan Emas yang melibatkan semua pelajar Tingkatan 4. Kursus ini diadakan bagi melatih bakal-bakal pemimpin yang akan dilantik pada tahun 2012. Melalui kursus ini para pelajar dapat menunjukkan ciri-ciri kepimpinan mereka. Para pelajar akan dibimbing untuk menjadi pemimpin yang akan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sepanjang kursus ini para pelajar dibahagikan mengikut rumah masing-masing. Pelbagai aktiviti dijalankan dengan dibantu oleh fasilitator2 yang terdiri dari Ketua2 Rumah dan Penolong2 Ketua Rumah (pelajar Tingkatan 5).
Kursus ini juga melibatkan 4 buah sekolah rendah sebagai Sekolah Damping. Peserta2 kursus dibawa ke Sekolah2 Damping dan mengadakan aktiviti bersama murid-murid sekolah tersebut. Kemudian murid2 sekolah damping ini dibawa pula ke asrama dan tinggal bersama kakak2 dan abang2 mereka. Murid2 ini diajar cara hidup di asrama penuh oleh abang2 dan kakak2 mereka.
Kursus ini diakhiri dengan majlis penutup di mana murid2 sekolah damping mengadakan persembahan dengan bimbingan kakak2 dan abang2 mereka. Pelbagai anugerah disampaikan di majlis ini setelah undian dijalankan oleh para pelajar.






 Ceramah Kepimpinan


Suasana di majlis penutup


AMALI HAJI DAN UMRAH

Sempena Minggu Mahrajan Kebudayaan dan Kesenian Islam 2011 telah diadakan amali ibadat haji dan umrah. Amali ini telah dijalankan pada 6 Julai 2011 di padang sekolah mulai 8 pagi hingga 1 tengah hari. Di akhir amali ini diadakan pula sesi soaljawab mengenai haji dan umrah.






Wednesday, July 06, 2011

MACAM-MACAM AKTIVITI...........

Dua tiga minggu ni sibuk je......mcm2 aktiviti. Rupa2nya jd cikgu ni kena buat mcm2. Bukan masuk kelas dan mengajar je.....aktiviti luar bilik darjah lagi banyak....Ingatkan hujung minggu boleh la bersantai2....tp rupanya hujung minggu lagi banyak program. Program sekolah + program sendiri & keluarga = ?????????????

Mai tengok program2 yg dah dijalankan sejak dua tiga minggu lalu.............

18 Jun 2011 - Pertandingan mewarna pada hari Karnival Pendidikan dan Kerjaya
Malamnya diadakan Majlis Anugerah Gemilang dan Jamuan Amal - tak sempat nak snap....

 19 Jun 2011 - Pertandingan mewarna pada Hari Terbuka Asrama - Nawal dan Iman turut serta
 Suasana pada Hari Terbuka Asrama

22 Jun 2011 - pelajar Puteri Islam berlatih mengukir buah sbg
persediaan untuk pertandingan


23 Jun 2011 - Bertugas di padang untuk peringkat Saringan dan Akhir Hari Sukan 

25 Jun 2011 (pagi) - Kejohanan Olahraga Sekolah
25 Jun 2011 (petang) - Pelajar Puteri Islam menyertai Hari Puteri Peringkat Daerah Kuantan -
pertandingan mengukir buah tembikai adalah sebhgn drp aktiviti yang diadakan
 
 Tahniah......nasib baik dapat tempat ............

29 Jun 2011 - pertandingan menghias ice-cream.....sebahagian drp aktiviti Hari Koperasi Sekolah
Sebelum tu ada pertandingan membuat karipap....takde gambar sbb sibuk membuat karipap...hi3...

1 Julai 2011 - mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah....aktiviti sempena
Mahrajan Kebudayaan dan Kesenian Islam
1 Julai 2011 (malam) - Pertandingan Nasyid....juga sebhgn aktiviti sempena
Mahrajan Kebudayaan dan Kesenian Islam
(sebelum tu ada pertandingan Busana Muslim / Muslimah)....gambar tak menjadi....hi3.......

Friday, July 01, 2011

Penatnyaaa...............

Aduhhh.....penatnya beberapa minggu ni. Tugas di sekolah setiap hujung minggu, sejak penggal 2 persekolahan di buka. Minggu pertama kerja 7 hari sampai ke malam....Karnival Pendidikan dan Kerjaya, Majlis Anugerah Gemilang, Jamuan Amal PIBG, Hari Koperasi Sekolah dan Hari Terbuka Asrama. Minggu Kedua....Kejohanan Olahraga Sekolah. Minggu Ketiga....Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia....
Rindu nak update blog ni.....tp sibuk dan penatnya.....

Hari ni sibuk pulak dengan Kursus Pengurusan Jenazah....seharian. Malam ni, lepas maghrib akan ke sekolah lagi....pertandingan Busana Muslim/Muslimah dan pertandingan Nasyid, sempena Mahrajan Kesenian dan Kebudayaan Islam.

Ok....dah Maghrib.......solat, then......sekolah lagi....malam ni jadi hakim pertandingan nasyid.

Tungguuuuu........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...