أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Sunday, October 14, 2012

sambungan.......TOTAL HIP REPLACEMENT




Lega rasanya...wifi di rumah ok semula. Siap upgrade lagi supaya lebih laju. Susah nak update blog ni guna Galaxy Tab 2. Nak upload gambar susah sangat la....atau tak pandai ke...entah la.

Sambung cerita........hari tu nak upload gambar tapi tak berjaya.


cikgu2 ni saja nak posing dengan uniform hospital yg tak match dgn tudung


Saya masih ingat Dr.Masni datang dan memulakan tugasnya untuk membius saya di bahagian tulang belakang. Lepas tu tak ingat apa2 dah..
Sedar2 saya dah ada di atas katil dalam wad. Terdengar2 suara orang bercakap2. Rupanya saya minta air dari maksu yang menunggu saya sejak pagi. Katanya saya dibawa keluar dari OT hampir jam 4 petang.  Yang saya ingat saya masuk ke OT lebih kurang pukul 8 pagi. Lamanya saya dalam OT tu.
Kaki kanan terasa berat je. Bantal besar diletak dicelah kaki dan kaki diikat supaya tidak bergerak. Begitu lah keadaan saya selama 4 hari. Telentang dengan kaki diikat. Tersiksanya.......epidural diteruskan selama 5 hari.

Apakah itu suntikan epidural?

Ia merupakan suntikan ke dalam satu ruang kecil di belakang anda, menggunakan jarum yang bengkok dan berlubang. Hujung jarum yang bengkok akan dicucuk antara dua vertebrae dan jarum itu akan masuk ke dalam ruang di luar lapisan pelindung yang mengelilingi tulang belakang anda yang dinamakan ruang epidura. Satu tiub halus (atau kateter) disalurkan melalui jarum berlubang itu, kemudian jarum tersebut akan dicabut keluar. Kateter halus itu akan dilekatkan pada belakang dan pada bahu anda. Pakar bius akan menyuntik anestetik lokal (sama seperti apa yang dilakukan oleh doktor gigi) ke dalam kateter untuk mengebaskan bahagian bawah abdomen anda.
Memang tak terasa sakit pun.
Tulang hip yang dipotong diserahkan oleh doktor kepada saya.


Tulang yang dibuang
Tulang yang telah dipotong diganti dengan prothesis ini.



 Prothesis ini berharga RM5500.00 dan boleh digunakan selama lebih kurang 20 tahun (kalau panjang umur...)

yax-ray sebelum dan selepas THR
 Beberapa perkara TIDAK boleh dilakukan untuk mengelakkan prothesis ini tercabut dari soketnya. Berulang kali Doktor Jacob mengingatkan saya mengenai perkara ini.
1. Do not cross your legs.
2. Do not bend your hipmore than a right angle (90 darjah)
3. Donot turn your feet excessively inward or outward.
4.Use a pillow between your legs at night when sleeping until you are advised by your orthopedic surgeon that you can remove it.

 Dengan pembedahan ini saya pun direhatkan di rumah sehingga akhir tahun ini.

Tuesday, October 02, 2012

TOTAL HIP REPLACEMENT (THR)


14 September 2012 adalah tarikh yang telah dicadangkan oleh Dr. Jacob untuk saya menjalani pembedahan THR. Saya setuju je dengan tarikh tersebut. Tawakkal 'alalLah.
Appointment pada 10 Sept. saya bertemu semula dengan Dr. Jacob dan Dr. Asyraff Wong. Selepas mendengar penjelasan tentang pembedahan yg akan dijalankan, saya diminta masuk ke wad pada 12 Sept. Saya ada sehari saja untuk menyiapkan tugas2 disekolah.
12 Sept., selepas siap hal2 di sekolah saya mohon pulang jam 12 tgh hari untuk bersiap2 ke hospital. Sebelum tu sempat juga bertemu beberapa orang guru, mengucapkan selamat tinggal dan minta maaf kerana mungkin akan bercuti sakit hingga akhir tahun ini.
2 ptg, 12 Sept. saya di tempatkan di wad otopedik. Mulai saat itu saya mulalah mengikuti semua prosedur untuk pembedahan. Urine test, blood test, x-ray dan sebagainya.
13 Sept. selepas solat Asar  bertembung pulak dengan rakan2 guru dan pelajar2 di pintu lif hospital. Mereka datang melawat seorang anak murid (Nur Atikah) yang dimasukkan ke wad kerana cedera tulang belakang selepas jatuh di tangga asrama.
Hari ni Dr. Asyraff Wong memberi taklimat tentang pembedahan yg akan dojalankan pagi2 esok. Beliau menjelaskan tentang risiko yg mungkin berlaku dan langkah yg beliau akan ambil utk mengatasi risiko tersebut.
                1.  infection - suntikan antibiotik
                2.  darah beku di kaki - suntikan utk mencairkan darah
                3.  kecederaan otot atau saraf kaki
Dr. juga memaklumkan saya akan dibius separuh saja (epidural). Maknanya saya akan sedar semasa pembedahan dijalankan.

Petang - Dr. Masni dtg dan memperkenalkan diri sbg dr. pakar bius. Beliau menerangkan prosedur yg akan dijalankan esok.

14 Sept. pagi2 lg nurse minta saya bersiap untuk dibawa masuk ke OT.

Setakat ini dulu......bersambung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...