أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Saturday, September 11, 2010

BAHAN BACAAN BULAN SEPTEMBER

Inilah bahan bacaan terbaru untuk santapan minda dan rohani. Tak tahu la berapa lama masa yang akan diambil untuk menghabiskan membaca dua buah buku yang baru dibeli ini. Mungkin lebih kepada rujukan sahaja agaknya. Namun aku tetap berazam nak membaca buku 'Mengenali Rasulullah' ini hingga khatam. Bukan apa...nak menambahkan lagi pengetahuan sedia ada tentang Rasulullah s.a.w. Mungkin boleh dijadikan bahan 'Diskusi' dalam Kursus Peningkatan Profesionalisma nanti.

RAMADHAN 1431H

Ramadhan 1431H telah pun berlalu. Sayu rasanya. Masih sempatkah bertemu dengan Ramadhan 1432H? Usia semakin bertambah (hakikatnya usia semakin berkurang), adakah telah semakin bertambah juga ketakwaan dengan seluruh Ramadhan yang telah dilalui selama hayat ini? Mudah-mudahan semuanya Engkau berkati dan redhai.

Sebagai ibu, yang sangat mencabar kesabaran sepanjang Ramadhan ini ialah mengejutkan anak-anak makan sahur, terutama anak kedua ku, Aina. Nawal,anak bongsu ku pulak sentiasa minta disuapkan semasa bersahur. Kalau tidak disuap, tak bersahurlah. Sudahnya esok puasa separuh hari sajalah.

Seminggu puasa, teman sebilik ku masuk wad. Masalah jantung. Huhuhu....bersahur tiga beranak selama 2 hari. Berbuka di katil hospital, tak sempat balik ke rumah. Mana nak sempatnya...ambik anak bongsu ku dari sekolah dah pukul 6 lebih. Kemudian baru lah ke hospital. Duduk kejap dah azan Maghrib. Mujur lah 2 hari je.

Sibuk2 di sekolah dengan aktiviti Ihya' Ramadhan, sampai la pulak masa untuk melaksanakan Majlis Khatam al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa (Iftar Jama'i). Tarikh dipilih 1 September 2010. Bincang dengan PK HEM baru. Buat kertas kerja, mohon budjet dan bahagi-bahagikan tugasan dengan kawan-kawan, maka terlaksanalah apa yang dirancang. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. JazakumulLah untuk rakan-rakan guru yang sangat banyak membantu. Boss puas hati. Terima kasih Tuan Pengetua........

Lepas hari raya nanti semakin hampirlah pulak peperiksaan PMR untuk Farah anak sulong ku. Kalau setiap tahun aku bimbang memikirkan pelajar-pelajar ku yang akan menghadapi peperiksaan, kali ini aku semakin bimbang bila anak sendiri yang akan masuk ke dewan peperiksaan. Namun aku yakin, guru-guru di SBPI Pekan juga punya harapan yang sama seperti ku terhadap pelajar-pelajar mereka. Aku yakin mereka juga telah memberi bimbingan yang terbaik untuk anak ku. Terima kasih banyak-banyak cikgu-cikgu SBPI Pekan. Sebagai guru dan ibu, hanya doa sahaja yang mengiringi anak-anak ke dewan peperiksaan, setelah segala usaha dicurahkan.

YA ALLAH, ENGKAU MUDAHKANLAH SEGALANYA BAGI ANAK KU DAN PELAJAR KU. AMINNNNNNNNN......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...