أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Sunday, July 10, 2011

KURSUS KEPEMIMPINAN EMAS SEMSAS 2011

7 hingg 9 Julai 2011 - SEMSAS telah mengadakan Kursus Kepemimpinan Emas yang melibatkan semua pelajar Tingkatan 4. Kursus ini diadakan bagi melatih bakal-bakal pemimpin yang akan dilantik pada tahun 2012. Melalui kursus ini para pelajar dapat menunjukkan ciri-ciri kepimpinan mereka. Para pelajar akan dibimbing untuk menjadi pemimpin yang akan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sepanjang kursus ini para pelajar dibahagikan mengikut rumah masing-masing. Pelbagai aktiviti dijalankan dengan dibantu oleh fasilitator2 yang terdiri dari Ketua2 Rumah dan Penolong2 Ketua Rumah (pelajar Tingkatan 5).
Kursus ini juga melibatkan 4 buah sekolah rendah sebagai Sekolah Damping. Peserta2 kursus dibawa ke Sekolah2 Damping dan mengadakan aktiviti bersama murid-murid sekolah tersebut. Kemudian murid2 sekolah damping ini dibawa pula ke asrama dan tinggal bersama kakak2 dan abang2 mereka. Murid2 ini diajar cara hidup di asrama penuh oleh abang2 dan kakak2 mereka.
Kursus ini diakhiri dengan majlis penutup di mana murid2 sekolah damping mengadakan persembahan dengan bimbingan kakak2 dan abang2 mereka. Pelbagai anugerah disampaikan di majlis ini setelah undian dijalankan oleh para pelajar.






 Ceramah Kepimpinan


Suasana di majlis penutup


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...