أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Friday, March 11, 2011

JANGAN BANYAK ALASAN ANAKKU........

Semasa sesi taklimat tentang program hari esok dan hujung minggu ini, handphone ku berdering dengan lagu Maher Zain.
"Ummi.....ummi kat mana."

"Ummi ada taklimat sekejap....nak balik dah ke."

"Tunggu sekejap ye."

Belum habis taklimat, aku minta diri dari kaunselor yang sedang menerangkan perjalanan program hari esok.
"Minta diri dulu.....anak dari sekolah call nak balik ke rumah."

"Ok....takpe, pergi la.."

Aku bergegas pergi.....nak ambil mak dulu. Ambil mak dari rumah lama kami dan hantar dia pulang ke rumah adik...(mak tinggal dengan adik).

"Kenapa tak gi sekolah ni?" aku menyoal anak bongsu ku Nawal yang tiba2 terjengul di tepi kereta ku.

"Pagi  tadi dia tak pergi mengaji pun......" Ibu ku menyampaikan laporan.

Nawal menunjukkan dahinya yang kelihatan sedikit lebam.

"Kena bola...budak tendang bola, kena dahi Nawal."

"Apa kena mengenanya sampai tak gi sekolah?"

"Dahi sakit."

"Tadi tak gi mengaji....kenapa pulak?"

"Sakit perut....," Nawal memberi alasan.

"Entah ye ntah tidak....kalau sakit perut macam mana boleh pergi tengok orang main bola sampai terkena dahi...?" Aku cuba memerangkap Nawal. Nawal terdiam.......

"Hari ini ummi tak benarkan Nawal tengok tv atau main games di komputer." Aku menetapkan hukuman untuk Nawal.

Disebabkan Nawal tak ke sekolah hari ini, Iman (sepupu Nawal) pun tak pergi sekolah juga.

"Kenapa Iman tak sekolah hari ni?" aku menyoalnya.

"Terlupa jadual," Iman memberi alasan.

Sepanjang petang hari ni Nawal patuh semua perintah ku. Disuruh sembahyang, cepat je dia pergi. Kalau tidak liatnya disuruh solat. Agaknya takut kerana dah buat kesalahan besar hari ni.

Ooooo....ada aje alasan. Begitu lah kerenah anak-anak. Anak bongsu ku ini memang selalu ponteng mengaji. Target nak khatam al-Quran hujung tahun lepas tidak tercapai. Dia mesti khatam tahun ini juga. Aku perlu buat sesuatu. Dia dah di Tahun 3 sekarang ni. Cuti sekolah minggu depan ni dia akan diwajibkan qadha mengaji......

"Ya Allah....Kau jadikan lah anak2 ku anak yang rajin mengerjakan solat, mengaji dan belajar."

 ............رب إجعـلنى مقيم الصلوة ومن ذريتى ربنا وتـقبل دعائى 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...