أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Friday, December 11, 2015

Berita gembira - Persediaan Haji 2015M/1436H

Disember 2014 adalah bulan yang menggembirakan aku kerana mendapat surat tawaran menunaikan haji. Hasrat yang terpendam sekian lama tercapai iaitu ingin menunaikan rukun Islam yang kelima. Dulu, semasa mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun 2007, pihak Tabung Haji telah memaklumkan bahawa giliran aku dan suami ialah pada tahun 2015. Terasa amat lama menunggu giliran......namun aku memaksa suami ikut sama mengikuti kursus haji pada tahun tersebut hingga selesai. Cuma amali haji sahaja yang kami tidak ikut serta.

Ada juga hasrat hendak membuat rayuan kepada Tabung Haji (TH) untuk diawalkan giliran kami tetapi terasa bersalah pulak kerana seolah-olah aku  akan mengambil hak orang lain. Aku sangat yakin, jika sampai masanya Allah menjemput kami sebagai tetamuNya pasti kami akan sampai juga ke Tanah Suci.

Pertengahan Februari 2015, aku mula mengikuti kursus haji sekali lagi. Banyak sekali pengetahuam baru yang aku perolehi daripada kursus haji tersebut (aku sebenarnya dah bertahun-tahun mengajar topik ibadat haji ini di sekolah). Pengetahuan baru tentang haji ini ialah berkaitan hukum-hukum bagi masalah-masalah yang telah diputuskan dalam Muzakarah Haji saban tahun.

Satu perkara yang sangat aku bimbangi ialah mampukah aku mengerjakan ibadat haji dengan keadaan kesihatan diri ku? Aku tidak boleh berjalan jauh kerana masalah post polio syndrome yang aku alami. Sejak menjalani pembedahan Total Hip Replacement (THR) pada tahun 2012, aku tidak dapat lagi berjalan pada jarak yang jauh kerana mengalami masalah post polio syndrome pada kaki kiri ku. Kaki kanan yang telah menjalani pembedahan THR, Alhamdulillah tidak lagi bermasalah. Aku cuma perlu berhati-hati agar prosthesis yang dipasang berada tetap pada tempatnya dan tidak tercabut.

Setelah berbincang dengan suami, kami membuat rayuan kepada TH untuk membawa bersama anak perempuan kami Farah 'Aini agar dia dapat membantu ku semasa di Tanah Suci. Kerana itu Farah memohon menangguhkan kuliahnya iaitu semester keempat (semester 4 sepatutnya menjalani praktikal). Dengan itu Farah mula mengikuti kursus haji bersama kami walaupun belum menerima jawapan daripada TH. Setiap hari aku berdoa agar Farah dapat ikut bersama mengerjakan haji.
Kursus haji berjalan selama 17 minggu dan selesai menjelang bulan Ramadhan 1436H. Kursus berakhir dengan amali haji dan penilaian bertulis. Daripada 25 soalan yang dijawab hanya 23 sahaja yang betul.......sedangkan suami ku mendapat 25/25. Kelakar pulak rasanya ustazah yang mengajar haji di sekolah gagal mendapat markah penuh (sebenarnya jawapan yang salah itu kerana tidak memahami maksud soalan. Agaknya begitu lah yang berlaku kepada para pelajar di sekolah).

Bersambung.........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...