أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Sunday, July 14, 2013

RAMADHAN 1434H

Alhamdulillah, bertemu lagi Ramadhan kali ini. Setiap kali berakhir Ramadhan, setiap kali itu lah juga terfikir, sempatkah lagi bertemu Ramadhan akan datang? Agaknya memamg begitulah kebiasaan orang yang mula mencecah usia emas sebab 'rumah kata pergi kubur kata mari'.

Ramadhan kali ini kakak berada nun jauh di Kolej Matrikulasi Kedah. Walaupun sejak lima tahun yang lepas dia dah tinggal di asrama tetapi kali ini tersangatlah jauhnya. Dulu dia boleh balik setiap hujung minggu pada bulan Ramadhan. Walau bagaimana pun, Alhamdulillah, kakak dapat juga balik untuk menyambut Ramadhan walaupun hanya dua hari saja. Kesian, hari pertama kakak bersahur dalam bas. Sebenarnya inilah juga kali pertama kakak naik bas bersendirian jauh2. Masa di sekolah rendah dulu pernah juga naik bas tetapi ramai2 bersama rombongan sekolah. Itu pun hanya sekali. Berjela2 pesanan ku kepada kakak dan kawannya Izzati supaya menjaga keselamatan sepanjang perjalanan di malam hari tu.

Ramadhan kali ini Aina pulak yang akan balik setiap hujung minggu dari asrama. Aina dah tingkatan empat dan bersekolah di sekolah teknik. Bakal engineer....Insya Allah.

Sekarang kami hanya bertiga tinggal di rumah....bersama Nawal sibongsu. Bila anak2 dah besar makin sunyi pulak. Masing2 mula meninggalkan rumah kerana belajar. Nanti bila anak2 dah bekerja dan ada kehdupan mereka sendiri makin sunyi lah rumah ini. Akhirnya tinggal berdua semula kalau panjang umur.....putaran hidup.

ALHAMDULILLAH....

1 comment:

  1. Belajr-belajar lah ya berjauhan ngan anak-anak! awak masih lagi bertiga... saya?... sorang2 pulak. Tapi sejak awal ramadan aritu anak saya Ojet dah balik... dah start cuti semester sampai bulan sembilan nanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...