أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Tuesday, October 02, 2012

TOTAL HIP REPLACEMENT (THR)


14 September 2012 adalah tarikh yang telah dicadangkan oleh Dr. Jacob untuk saya menjalani pembedahan THR. Saya setuju je dengan tarikh tersebut. Tawakkal 'alalLah.
Appointment pada 10 Sept. saya bertemu semula dengan Dr. Jacob dan Dr. Asyraff Wong. Selepas mendengar penjelasan tentang pembedahan yg akan dijalankan, saya diminta masuk ke wad pada 12 Sept. Saya ada sehari saja untuk menyiapkan tugas2 disekolah.
12 Sept., selepas siap hal2 di sekolah saya mohon pulang jam 12 tgh hari untuk bersiap2 ke hospital. Sebelum tu sempat juga bertemu beberapa orang guru, mengucapkan selamat tinggal dan minta maaf kerana mungkin akan bercuti sakit hingga akhir tahun ini.
2 ptg, 12 Sept. saya di tempatkan di wad otopedik. Mulai saat itu saya mulalah mengikuti semua prosedur untuk pembedahan. Urine test, blood test, x-ray dan sebagainya.
13 Sept. selepas solat Asar  bertembung pulak dengan rakan2 guru dan pelajar2 di pintu lif hospital. Mereka datang melawat seorang anak murid (Nur Atikah) yang dimasukkan ke wad kerana cedera tulang belakang selepas jatuh di tangga asrama.
Hari ni Dr. Asyraff Wong memberi taklimat tentang pembedahan yg akan dojalankan pagi2 esok. Beliau menjelaskan tentang risiko yg mungkin berlaku dan langkah yg beliau akan ambil utk mengatasi risiko tersebut.
                1.  infection - suntikan antibiotik
                2.  darah beku di kaki - suntikan utk mencairkan darah
                3.  kecederaan otot atau saraf kaki
Dr. juga memaklumkan saya akan dibius separuh saja (epidural). Maknanya saya akan sedar semasa pembedahan dijalankan.

Petang - Dr. Masni dtg dan memperkenalkan diri sbg dr. pakar bius. Beliau menerangkan prosedur yg akan dijalankan esok.

14 Sept. pagi2 lg nurse minta saya bersiap untuk dibawa masuk ke OT.

Setakat ini dulu......bersambung.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...