أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Thursday, December 17, 2009

Kenduri kahwin

Dua tiga hari ni sibuk membuat persiapan majlis kahwin anak saudara sebelah suami. Seronok juga buat kerja bergotong royong ni, dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga dan jiran tetangga.
Pengantin lelaki akan singgah di rumah sebelum majlis akad nikah. Kenalah mengemas dan menyiapkan bilik untuk tetamu dari Terengganu ni.
Sementara tu hujan turun setiap hari. Harap2 di hari kenduri nanti cuaca akan berubah lebih baik. Bimbang juga kenduri dalam hujan lebat, ramai undangan yang tidak dapat hadir nanti. Perkara ini pernah berlaku semasa kenduri kahwin anak saudara di rumah kami ni tahun 2003 dulu. Inilah risikonya kenduri di hujung tahun pada musim tengkujuh.

menyiapkan cenderamata untuk tetamu

tak siap lagi ni

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...