Alhamdulillah, bertemu lagi Ramadhan kali ini. Setiap kali berakhir Ramadhan, setiap kali itu lah juga terfikir, sempatkah lagi bertemu Ramadhan akan datang? Agaknya memamg begitulah kebiasaan orang yang mula mencecah usia emas sebab 'rumah kata pergi kubur kata mari'.
Ramadhan kali ini kakak berada nun jauh di Kolej Matrikulasi Kedah. Walaupun sejak lima tahun yang lepas dia dah tinggal di asrama tetapi kali ini tersangatlah jauhnya. Dulu dia boleh balik setiap hujung minggu pada bulan Ramadhan. Walau bagaimana pun, Alhamdulillah, kakak dapat juga balik untuk menyambut Ramadhan walaupun hanya dua hari saja. Kesian, hari pertama kakak bersahur dalam bas. Sebenarnya inilah juga kali pertama kakak naik bas bersendirian jauh2. Masa di sekolah rendah dulu pernah juga naik bas tetapi ramai2 bersama rombongan sekolah. Itu pun hanya sekali. Berjela2 pesanan ku kepada kakak dan kawannya Izzati supaya menjaga keselamatan sepanjang perjalanan di malam hari tu.
Ramadhan kali ini Aina pulak yang akan balik setiap hujung minggu dari asrama. Aina dah tingkatan empat dan bersekolah di sekolah teknik. Bakal engineer....Insya Allah.
Sekarang kami hanya bertiga tinggal di rumah....bersama Nawal sibongsu. Bila anak2 dah besar makin sunyi pulak. Masing2 mula meninggalkan rumah kerana belajar. Nanti bila anak2 dah bekerja dan ada kehdupan mereka sendiri makin sunyi lah rumah ini. Akhirnya tinggal berdua semula kalau panjang umur.....putaran hidup.
ALHAMDULILLAH....
أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا
Sunday, July 14, 2013
Friday, May 24, 2013
Hello............
Aduhai.............lamanya saya meninggalkan blog ni. Kadang2 malas melanda. Kadang2 tu tak sempat....... tapi yang sebenar-benarnya sekarang ni lebih banyak menggunakan Samsung Galaxy Tab 7.0. Lebih mudah dan boleh akses internet di mana2 saja. Nak berhubung dengan kawan2 pun lebih senang....dan yang paling penting ianya percuma sama ada nak call, sms atau pun nak panggilan video.....free. Itu yang penting.....jimat kos....cuma bayar langganan Data Plan saja. Lebih jimat daripada menghantar SMS menggunakan line telepon yang ada.
Nak guna WhatsApp ke, Line ke, Viber ke atau pun Tango. Terpulang kepada aplikasi yang juga digunakan oleh rakan kita. Mcm2 application ada. Tak larat nak download je.....atau pun nak jimat space...
Melalui aplikasi2 ni boleh la berbual dengan kawan2 seberapa lama yang mau. Sepanjang hari pun tak pe. Tak berbayar kan.....luangkan je masa yang ada.
Saya paling seronok kerana dengan teknologi komunikasi ni saya telah menemui semula kawan2 sekolah yang telah terpisah lebih 30 tahun lalu. Mula2 tu bertemu di laman sosial Facebook. Kemudian berhubung dan berbual dalam group yang diwujudkan di WhatsApp. Banyak betul isu yang boleh disembangkan. Musim PRU 13 dulu sembang pasal politik....lepas tu mengenai isu yang muncul hasil drp PRU 13 dan pelbagai lagi. Walaupun ada di antara kami mempunyai fahaman politik yang berbeza, kami masih boleh berdiskusi secara baik dan harmoni. Sambil2 tu bercerita tentang hal2 keluarga masing2 dan sebagainya.
Sekarang ni sekolah dah mula cuti. Insya Allah esok 25 Mei akan bertolak ke Kedah. Menghantar anak mendaftar di Kolej Matrikulasi Kedah. Dalam perjalanan pulang nanti akan singgah di Cameron Highland. Insya Allah....hotel pun telah di booking.
Ok la.....dah tengah hari. Nak masak pulak......Assalamualaikum wbt......

Sunday, October 14, 2012
sambungan.......TOTAL HIP REPLACEMENT
Sambung cerita........hari tu nak upload gambar tapi tak berjaya.
![]() |
| cikgu2 ni saja nak posing dengan uniform hospital yg tak match dgn tudung |
Sedar2 saya dah ada di atas katil dalam wad. Terdengar2 suara orang bercakap2. Rupanya saya minta air dari maksu yang menunggu saya sejak pagi. Katanya saya dibawa keluar dari OT hampir jam 4 petang. Yang saya ingat saya masuk ke OT lebih kurang pukul 8 pagi. Lamanya saya dalam OT tu.
Kaki kanan terasa berat je. Bantal besar diletak dicelah kaki dan kaki diikat supaya tidak bergerak. Begitu lah keadaan saya selama 4 hari. Telentang dengan kaki diikat. Tersiksanya.......epidural diteruskan selama 5 hari.
Memang tak terasa sakit pun.Apakah itu suntikan epidural?
Ia merupakan suntikan ke dalam satu ruang kecil di belakang anda, menggunakan jarum yang bengkok dan berlubang. Hujung jarum yang bengkok akan dicucuk antara dua vertebrae dan jarum itu akan masuk ke dalam ruang di luar lapisan pelindung yang mengelilingi tulang belakang anda yang dinamakan ruang epidura. Satu tiub halus (atau kateter) disalurkan melalui jarum berlubang itu, kemudian jarum tersebut akan dicabut keluar. Kateter halus itu akan dilekatkan pada belakang dan pada bahu anda. Pakar bius akan menyuntik anestetik lokal (sama seperti apa yang dilakukan oleh doktor gigi) ke dalam kateter untuk mengebaskan bahagian bawah abdomen anda.
Tulang hip yang dipotong diserahkan oleh doktor kepada saya.
![]() |
| Tulang yang dibuang |
Prothesis ini berharga RM5500.00 dan boleh digunakan selama lebih kurang 20 tahun (kalau panjang umur...)
| yax-ray sebelum dan selepas THR |
1. Do not cross your legs.
2. Do not bend your hipmore than a right angle (90 darjah)
3. Donot turn your feet excessively inward or outward.
4.Use a pillow between your legs at night when sleeping until you are advised by your orthopedic surgeon that you can remove it.
Dengan pembedahan ini saya pun direhatkan di rumah sehingga akhir tahun ini.
Tuesday, October 02, 2012
TOTAL HIP REPLACEMENT (THR)
14 September 2012 adalah tarikh yang telah dicadangkan oleh Dr. Jacob untuk saya menjalani pembedahan THR. Saya setuju je dengan tarikh tersebut. Tawakkal 'alalLah.
Appointment pada 10 Sept. saya bertemu semula dengan Dr. Jacob dan Dr. Asyraff Wong. Selepas mendengar penjelasan tentang pembedahan yg akan dijalankan, saya diminta masuk ke wad pada 12 Sept. Saya ada sehari saja untuk menyiapkan tugas2 disekolah.
12 Sept., selepas siap hal2 di sekolah saya mohon pulang jam 12 tgh hari untuk bersiap2 ke hospital. Sebelum tu sempat juga bertemu beberapa orang guru, mengucapkan selamat tinggal dan minta maaf kerana mungkin akan bercuti sakit hingga akhir tahun ini.
2 ptg, 12 Sept. saya di tempatkan di wad otopedik. Mulai saat itu saya mulalah mengikuti semua prosedur untuk pembedahan. Urine test, blood test, x-ray dan sebagainya.
13 Sept. selepas solat Asar bertembung pulak dengan rakan2 guru dan pelajar2 di pintu lif hospital. Mereka datang melawat seorang anak murid (Nur Atikah) yang dimasukkan ke wad kerana cedera tulang belakang selepas jatuh di tangga asrama.
Hari ni Dr. Asyraff Wong memberi taklimat tentang pembedahan yg akan dojalankan pagi2 esok. Beliau menjelaskan tentang risiko yg mungkin berlaku dan langkah yg beliau akan ambil utk mengatasi risiko tersebut.
1. infection - suntikan antibiotik
2. darah beku di kaki - suntikan utk mencairkan darah
3. kecederaan otot atau saraf kaki
Dr. juga memaklumkan saya akan dibius separuh saja (epidural). Maknanya saya akan sedar semasa pembedahan dijalankan.
Petang - Dr. Masni dtg dan memperkenalkan diri sbg dr. pakar bius. Beliau menerangkan prosedur yg akan dijalankan esok.
14 Sept. pagi2 lg nurse minta saya bersiap untuk dibawa masuk ke OT.
Setakat ini dulu......bersambung.
Sunday, May 20, 2012
USANG....
mcm usang je blog ni. bersawang...dah lama tak dijenguk. nanti la....senang2 nanti saya update. sekarang ni tengah sibuk kat rumah baru. tak habis2 lagi berkemas. rumah lama yang ditinggalkan pun nak kena bersihkan. penyewa dah nak masuk. kertas periksa pulak ada 10 bungkus nak disemak.
banyak berita baru tak sempat nak tulis. nanti bila dah selesai semuanya baru boleh tumpu kat blog ni.
Tungguuuu.....
banyak berita baru tak sempat nak tulis. nanti bila dah selesai semuanya baru boleh tumpu kat blog ni.
Tungguuuu.....
Thursday, March 15, 2012
APPOINTMENT.........
1 Feb 2012....entah temujanji kali keberapa, dah tak ingat. Temujanji kali ini didahului dengan x-ray. Dah siap terus je daftar di Klinik Otopedik (HTAA) sambil membawa gambar x-ray yang dah siap. Macam biasa, lama menunggu nombor giliran dipanggil. Klinik Otopedik ini sentiasa ramai pesakitnya. Akhirnya masuk juga la ke bilik doktor (entah doktor yang keberapa...malas nak mengingatnya....).
Soalan2 yang sama macam biasa....., jawapan pun sama jugak. Kemudian doktor tengok gambar x-ray. Selepas meneliti gambar tersebut, dia panggil pulak rakannya, iaitu doktor yang meminta x-ray dibuat sebelum temujanji kali ini.
Akhirnya....."cikgu nak operation tak?"
"Apa?????......kenapa nak kena operation pulak?"
"Takpe la....jumpa doktor pakar dulu ye..."
Doktor pun mula menulis panjang lebar dan seterusnya menetapkan tarikh temujanji dengan Mr. Jacob, pakar otopedik.
1 Mac 2012......temujanji dengan Mr. Jacob. Macam mana la agaknya doktor ni. Macam doktor pakar sakit puan dulu tu ke.....dah berumur, besar, tinggi dan tegas orangnya (doktor pakar sakit puan yang merawat ku setelah disahkan mengalami 'Molar Pregnancy' semasa hamil kali pertama dulu....1994).
Bila masuk je ke bilik Mr. Jacob.....emmmm, muda lagi orangnya dan tak la besar tinggi macam pakar sakit puan dulu tu.
Mr. Jacob menerangkan satu persatu masalah yang ku hadapi sambil menunjukkan gambar x-ray.
"Tak de masalah dengan pembedahan ni. Lepas pembedahan boleh jalani hidup macam biasa."
"Cuba cikgu tengok gambar x-ray pesakit ni...dia jalani pembedahan 30 tahun yang lalu dan sihat sampai sekarang."
"Kalau tak dibedah, sakit yang cikgu alami sekarang akan berterusan."
"Kalau saya dibedah, berapa lama saya kena cuti..."
"Seminggu dalam wad. Lepas tu cikgu akan jalani fisioterapi lebih kurang sebulan atau lebih."
Fisio lagi...........
Otak ku berputar ligat. Anak nak exam tahun ni, dua orang pulak tu. Murid ku kat sekolah macam mana....silibus tak habis lagi. Nak pindah rumah, nak buat kenduri kahwin.....aahhhh.....banyaknya masalah. Yang sedihnya, kalau terpilih ke Tanah Suci tahun ni terpaksa la ditangguhkan. Apakah perancangan Allah untuk ku?
"Cikgu fikir la dulu....pembedahan boleh dibuat bila cikgu bersedia. Tahun ni boleh...awal tahun depan pun boleh, terpulang pada cikgu."
"Cikgu balik dulu dan datang semula 12 April nanti, ok!!" Mr. Jacob mengakhiri temujanji kali ini.
Allah menentukan segalanya...tentu ada hikmahnya..............

Sunday, December 25, 2011
CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2011
Cuti sekolah hujung tahun memang agak panjang. Selalunya anak2 akan menghabiskan masa di rumah dengan melayari internet dan menonton TV. Kalau internet tu mesti dengan FB la...apa lagi. Nak bangun pagi punya la susah...... Lepas solat subuh sambung tidur lagi. Jadi tahun ini aku merancang awal2 supaya sebahagian cuti mereka dapat dimanfaatkan dengan lebih baik.
3 hingga 17 Disember kakak dan adik dimasukkan ke Pondok An-Nur di Penor untuk mengikuti Kem Ibadat dan Pembinaan Iman. Dua minggu mereka di sana. Mudah2an aktiviti yang disusun oleh pondok ini selama 2 minggu dapat memberi banyak pelajaran dan pengalaman kepada mereka. Di majlis penutup kem, adik mendapat hadiah pencapaian cemerlang dalam peperiksaan yang diadakan oleh pihak pengurusan Pondok an-Nur. Tahniah dik................
Nawal yang bongsu pulak dihantar mengikuti Kem Mantap Yasin dan Waja Diri selama 3 hari pada 19 - 21 Disember di Kem Cempaka Resort. Tapi sayang takde gambar yang diambil kerana hujan lebat..........
Nawal cuma dapat menghafal 70 ayat je dari surah Yasin......kita sambung kat rumah pulak ye.....

Pintu gerbang ke Pondok an-Nur
suasana di hari terakhir kem.
cuaca mendung dan hujan renyai2
Subscribe to:
Posts (Atom)