أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Tuesday, June 07, 2011

CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN 2011

"Takkan cuti sekolah ni tak gi mana2," suara Nawal.
"Abah kerja...kita je yg cuti."
"Takkan abah tak boleh cuti."
"Nanti la, bincang dengan abah dulu." Bimbang nak berjanji, kalau2 tak dapat ditunaikan.
"Nak gi jalan ke mana?"
"I-city, Shah Alam," Nawal mengusulkan.
"Ummi kena habiskan marking kertas periksa ni dulu. Lepas tu tanya abah...."

Selepas berbincang, kami setuju nak ke I-city, Shah Alam. Bertungkus lumus la aku menghabiskan memeriksa kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Ni la gambar2 di I-city. Sempat juga singgah di IKEA. Beli la sikit2 untuk rumah baru nanti.........





 Terserempak pulak dengan Husna (anak murid) kat sini......



HARI GURU 2011

Lamanya tak update blog ni....bukan takde cerita atau peristiwa nak diupload tapi selalu penat selepas balik sekolah. Lagi pun banyak masa diluangkan untuk berFB je.
Biar la lambat pun....nak upload jugak la aktiviti sempena Hari Guru tahun ini. Kebetulan aktiviti2 ini saya dan kawan saya yang merancangnya. Selaku Penyelaras dan Koordinator Akademik Tingkatan 4 tahun ini, kami bertanggungjawab merancang dan melaksanakan sambutan Hari Guru dengan dibantu oleh semua pelajar Tingkatan 4. Terima kasih kepada semua pelajar Tingkatan 4 yang banyak membantu walaupun mereka sibuk kerana sedang menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.
Aktiviti berakhir dengan persembahan di dewan dan penyampaian hadiah.
Inilah sebahagian drp aktiviti pada hari tersebut..........

 
  
 

 

                                          Pertandingan petanque antara guru

Ini bertanding melambung belon berair
   Perlawanan bola sepak dengan pelajar (pelajar memakai kain pelikat) 

  

 
Pertandingan membuat kad ucapan Hari Guru (pelajar)
  
Kad2 ucapan yang diterima dari pelajar

Ini dari 'My Clique'

Tuesday, March 22, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H PERINGKAT SEKOLAH

N3 terlewat kerana kelambatan mendapat foto2 dari jurukamera.........................tak kisah lah ye........
      
       19 Februari 2011 adalah hari sekolah ganti bagi menggantikan cuti sempena Tahun Baru Cina. Jawatankuasa Pembangunan Rohani dan Bina Insan sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat sekolah. Sambutan hari ini adalah kemuncak bagi Minggu Sambutan Maulidur Rasul. Sepanjang minggu ini juga telah dijalankan Majlis Tadarus al-Quran yang dipenuhi dengan pertandingan Tilawah al-Quran, hafazan al-Quran, syarahan Agama dan Syarahan Bahasa Arab. Semua pertandingan ini adalah antara rumah.
       Sempena sambutan ini, diadakan pertandingan perarakan, sepanduk dan multimedia antara rumah.Seawal 7.30 pagi semua pelajar dan guru telah berkumpul di Dataran Akhlak asrama. Semua rumah bersiap sedia dengan sepanduk dan pakaian yang dihias indah berdasarkan warna rumah masing-masing. Semua rumah berusaha gigih bagi memastikan kemenangan milik mereka.
      Tepat jam 8.00 pagi semua rumah memulakan perarakan hingga ke padang sekolah. Setelah para hakim menjalankan penghakiman, semua rumah meneruskan perarakan hingga ke Dewan al-Khawarizmi.
Selawat berkumandang sepanjang perarakan hingga ke dalam dewan.
      Acara di dewan bermula dengan bacaan selawat dan seterusnya pertandingan multimedia bertemakan Maulidur Rasul. Acara berakhir dengan pengumuman keputusan pertandingan-pertandingan (yang telah diadakan sepanjang minggu Maulidur Rasul) dan penyampaian hadiah. Rumah Apollo telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan dalam pertandingan sempena Sambutan Maulidur Rasul.

 Pengetua dan Penolong2 Kanan memulakan perarakan


AJK BADAR

 Rumah Apollo


 Rumah Cosmos

 Rumah Soyuz

 Rumah Skylab

 Masuk ke Dewan al-Khawarizmi




 Mengumumkan keputusan pertandingan (sebagai Penyelaras Program)

Friday, March 11, 2011

HAPPY BIRTHDAY BOS........

Seawal 7.30 pagi semua guru berkumpul di kantin sekolah. Tn. Pengetua dijemput dan terperanjat melihat kami sedang menanti dan menyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu.......
                                                  بارك الله لك وبارك عـليك
Dalam keadaan tergesa-gesa sempat juga kami meraikan birthday pengetua Tn. Hj. Mokhtar kerana pagi ini kami akan bertemu ibubapa pelajar PMR dan SPM 2011 sempena Hari Akademik dan jam 10.00 pagi akan berlangsung pula Mesyuarat Agung PIBG ke 34 / 2011.
Pemandangan di dalam Dewan Iqra' semasa Hari Akademik.

Pelajar-pelajar membantu di meja pendaftaran
di Dewan al-Khawarizmi sebelum mesyuarat agung

Saturday, January 29, 2011

MAJLIS PERSARAAN DAN PERPISAHAN

Selamat maju jaya kepada rakan guru yang berpindah ke sekolah lain.

Dato' Mariam memberi ucapan di majlis persaraan beliau yang diadakan di Dewan Sri Pahang SEMSAS








MERENTAS DESA 2011

Acara merentas desa 2011 telah diadakan pada 28 Januari 2011. Hujan dan keadaan padang dan jalan yang lecah tidak memudarkan semangat pelajar-pelajar untuk terus berlari. Rumah Apollo telah mengungguli acara ini setelah berjaya memungut mata paling tinggi. Tahniah Apollo....




PMR 2010 CEMERLANG

Keputusan PMR 2010 bagi SEMSAS amat membanggakan. Tahniah kepada guru dan pelajar yang telah berusaha keras untuk mencapai kejayaan ini. Setinggi-tinggi tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam yang telah berjaya mengekalkan kejayaan 100% A bagi tahun kedua.




Pelajar berkongsi perasaan gembira dan pengalaman mereka dengan calon PMR 2011 dan guru-guru.

Sekitar Sambutan Hari Lahir Pelajar dan Guru Bagi Bulan Januari 2011







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...