1 Feb 2012....entah temujanji kali keberapa, dah tak ingat. Temujanji kali ini didahului dengan x-ray. Dah siap terus je daftar di Klinik Otopedik (HTAA) sambil membawa gambar x-ray yang dah siap. Macam biasa, lama menunggu nombor giliran dipanggil. Klinik Otopedik ini sentiasa ramai pesakitnya. Akhirnya masuk juga la ke bilik doktor (entah doktor yang keberapa...malas nak mengingatnya....).
Soalan2 yang sama macam biasa....., jawapan pun sama jugak. Kemudian doktor tengok gambar x-ray. Selepas meneliti gambar tersebut, dia panggil pulak rakannya, iaitu doktor yang meminta x-ray dibuat sebelum temujanji kali ini.
Akhirnya....."cikgu nak operation tak?"
"Apa?????......kenapa nak kena operation pulak?"
"Takpe la....jumpa doktor pakar dulu ye..."
Doktor pun mula menulis panjang lebar dan seterusnya menetapkan tarikh temujanji dengan Mr. Jacob, pakar otopedik.
1 Mac 2012......temujanji dengan Mr. Jacob. Macam mana la agaknya doktor ni. Macam doktor pakar sakit puan dulu tu ke.....dah berumur, besar, tinggi dan tegas orangnya (doktor pakar sakit puan yang merawat ku setelah disahkan mengalami 'Molar Pregnancy' semasa hamil kali pertama dulu....1994).
Bila masuk je ke bilik Mr. Jacob.....emmmm, muda lagi orangnya dan tak la besar tinggi macam pakar sakit puan dulu tu.
Mr. Jacob menerangkan satu persatu masalah yang ku hadapi sambil menunjukkan gambar x-ray.
"Tak de masalah dengan pembedahan ni. Lepas pembedahan boleh jalani hidup macam biasa."
"Cuba cikgu tengok gambar x-ray pesakit ni...dia jalani pembedahan 30 tahun yang lalu dan sihat sampai sekarang."
"Kalau tak dibedah, sakit yang cikgu alami sekarang akan berterusan."
"Kalau saya dibedah, berapa lama saya kena cuti..."
"Seminggu dalam wad. Lepas tu cikgu akan jalani fisioterapi lebih kurang sebulan atau lebih."
Fisio lagi...........
Otak ku berputar ligat. Anak nak exam tahun ni, dua orang pulak tu. Murid ku kat sekolah macam mana....silibus tak habis lagi. Nak pindah rumah, nak buat kenduri kahwin.....aahhhh.....banyaknya masalah. Yang sedihnya, kalau terpilih ke Tanah Suci tahun ni terpaksa la ditangguhkan. Apakah perancangan Allah untuk ku?
"Cikgu fikir la dulu....pembedahan boleh dibuat bila cikgu bersedia. Tahun ni boleh...awal tahun depan pun boleh, terpulang pada cikgu."
"Cikgu balik dulu dan datang semula 12 April nanti, ok!!" Mr. Jacob mengakhiri temujanji kali ini.
Allah menentukan segalanya...tentu ada hikmahnya..............
أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Thursday, March 15, 2012
Tuesday, September 27, 2011
TRAVELOG SYAHADAH
Selesai sudah membaca kisah saudara baru Muhammad Rashidi Abdullah dalam bukunya TRAVELOG SYAHADAH. Juga telah melayari blog penulis dan membaca tulisan-tulisan beliau.
Kenapa saudara baru lebih menghayati keindahan Islam berbanding orang Islam sendiri yang dilahirkan sebagai Muslim?
Fikir2kan..........

Friday, July 01, 2011
Penatnyaaa...............
Aduhhh.....penatnya beberapa minggu ni. Tugas di sekolah setiap hujung minggu, sejak penggal 2 persekolahan di buka. Minggu pertama kerja 7 hari sampai ke malam....Karnival Pendidikan dan Kerjaya, Majlis Anugerah Gemilang, Jamuan Amal PIBG, Hari Koperasi Sekolah dan Hari Terbuka Asrama. Minggu Kedua....Kejohanan Olahraga Sekolah. Minggu Ketiga....Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia....
Rindu nak update blog ni.....tp sibuk dan penatnya.....
Hari ni sibuk pulak dengan Kursus Pengurusan Jenazah....seharian. Malam ni, lepas maghrib akan ke sekolah lagi....pertandingan Busana Muslim/Muslimah dan pertandingan Nasyid, sempena Mahrajan Kesenian dan Kebudayaan Islam.
Ok....dah Maghrib.......solat, then......sekolah lagi....malam ni jadi hakim pertandingan nasyid.
Tungguuuuu........

Friday, March 11, 2011
JANGAN BANYAK ALASAN ANAKKU........
Semasa sesi taklimat tentang program hari esok dan hujung minggu ini, handphone ku berdering dengan lagu Maher Zain.
"Ummi.....ummi kat mana."
"Ummi ada taklimat sekejap....nak balik dah ke."
"Tunggu sekejap ye."
Belum habis taklimat, aku minta diri dari kaunselor yang sedang menerangkan perjalanan program hari esok.
"Minta diri dulu.....anak dari sekolah call nak balik ke rumah."
"Ok....takpe, pergi la.."
Aku bergegas pergi.....nak ambil mak dulu. Ambil mak dari rumah lama kami dan hantar dia pulang ke rumah adik...(mak tinggal dengan adik).
"Kenapa tak gi sekolah ni?" aku menyoal anak bongsu ku Nawal yang tiba2 terjengul di tepi kereta ku.
"Pagi tadi dia tak pergi mengaji pun......" Ibu ku menyampaikan laporan.
Nawal menunjukkan dahinya yang kelihatan sedikit lebam.
"Kena bola...budak tendang bola, kena dahi Nawal."
"Apa kena mengenanya sampai tak gi sekolah?"
"Dahi sakit."
"Tadi tak gi mengaji....kenapa pulak?"
"Sakit perut....," Nawal memberi alasan.
"Entah ye ntah tidak....kalau sakit perut macam mana boleh pergi tengok orang main bola sampai terkena dahi...?" Aku cuba memerangkap Nawal. Nawal terdiam.......
"Hari ini ummi tak benarkan Nawal tengok tv atau main games di komputer." Aku menetapkan hukuman untuk Nawal.
Disebabkan Nawal tak ke sekolah hari ini, Iman (sepupu Nawal) pun tak pergi sekolah juga.
"Kenapa Iman tak sekolah hari ni?" aku menyoalnya.
"Terlupa jadual," Iman memberi alasan.
Sepanjang petang hari ni Nawal patuh semua perintah ku. Disuruh sembahyang, cepat je dia pergi. Kalau tidak liatnya disuruh solat. Agaknya takut kerana dah buat kesalahan besar hari ni.
Ooooo....ada aje alasan. Begitu lah kerenah anak-anak. Anak bongsu ku ini memang selalu ponteng mengaji. Target nak khatam al-Quran hujung tahun lepas tidak tercapai. Dia mesti khatam tahun ini juga. Aku perlu buat sesuatu. Dia dah di Tahun 3 sekarang ni. Cuti sekolah minggu depan ni dia akan diwajibkan qadha mengaji......
"Ya Allah....Kau jadikan lah anak2 ku anak yang rajin mengerjakan solat, mengaji dan belajar."
............رب إجعـلنى مقيم الصلوة ومن ذريتى ربنا وتـقبل دعائى

Sunday, January 02, 2011
SELAMAT TINGGAL 2010
Tahun 2010 telah pun berlalu meninggalkan kita dengan segala peristiwa dan kenangan. Banyak perkara telah berlaku. Semuanya telah menjadi sejarah.
* 2010 adalah tahun bermulanya perjalanan ulang alik aku ke hospital. Setiap minggu pergi fisioterapi. Tahap kesihatan semakin menurun dengan meningkatnya usia.
* kerjaya......tidak banyak berubah. Gagal nak dapat cemerlang dalam PTK. Jadi, tak layak naik ke tangga gaji P2. PTK pun dah dimansuhkan. Semangat bekerja masih kekal, Alhamdulillah.
* paling gembira ialah keputusan PMR anak sulong ku, 8A 1B.
* Keputusan keseluruhan PMR sekolah ku melonjak naik dengan GPS 1.06 dan mata pelajaran ku Pendidikan Islam 100% A bagi tahun kedua. Tunggu keputusan SPM pulak la......mudah-mudahan meletup jugak .
* rumah baru tak siap jugak lagi tahun ni.....Insya Allah 2011 boleh melangkah ke rumah baru.

Wednesday, October 06, 2010
PMR 2010
Hari ini hari kedua PMR. Semoga anakanda Farah dan pelajar-pelajar SEMSAS dapat menjawab soalan dengan tenang.
Semalam sempat juga meluangkan masa sekejap menjenguk Farah sebelum dia masuk ke dewan peperiksaan. Terima kasih kepada Tuan Pengetua yang telah memberikan kebenaran pergi ke SBPI Pekan sempena hari pertama PMR. Terima kasih juga kepada GPK HEM SBPI Pekan (dulu Ketua Bidang ku di SEMSAS) yang belanja sarapan pagi.
Kakak....ummi sentiasa mendoakan yang terbaik buat kakak. Tunjukkan contoh baik kepada adik Aina dan Nawal. Masa ummi sekolah dulu, selalu jadi 'best student'. Seronok tau.... So, kakak pun boleh!!!!!

Saturday, September 11, 2010
RAMADHAN 1431H
Ramadhan 1431H telah pun berlalu. Sayu rasanya. Masih sempatkah bertemu dengan Ramadhan 1432H? Usia semakin bertambah (hakikatnya usia semakin berkurang), adakah telah semakin bertambah juga ketakwaan dengan seluruh Ramadhan yang telah dilalui selama hayat ini? Mudah-mudahan semuanya Engkau berkati dan redhai.
Sebagai ibu, yang sangat mencabar kesabaran sepanjang Ramadhan ini ialah mengejutkan anak-anak makan sahur, terutama anak kedua ku, Aina. Nawal,anak bongsu ku pulak sentiasa minta disuapkan semasa bersahur. Kalau tidak disuap, tak bersahurlah. Sudahnya esok puasa separuh hari sajalah.
Seminggu puasa, teman sebilik ku masuk wad. Masalah jantung. Huhuhu....bersahur tiga beranak selama 2 hari. Berbuka di katil hospital, tak sempat balik ke rumah. Mana nak sempatnya...ambik anak bongsu ku dari sekolah dah pukul 6 lebih. Kemudian baru lah ke hospital. Duduk kejap dah azan Maghrib. Mujur lah 2 hari je.
Sibuk2 di sekolah dengan aktiviti Ihya' Ramadhan, sampai la pulak masa untuk melaksanakan Majlis Khatam al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa (Iftar Jama'i). Tarikh dipilih 1 September 2010. Bincang dengan PK HEM baru. Buat kertas kerja, mohon budjet dan bahagi-bahagikan tugasan dengan kawan-kawan, maka terlaksanalah apa yang dirancang. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. JazakumulLah untuk rakan-rakan guru yang sangat banyak membantu. Boss puas hati. Terima kasih Tuan Pengetua........
Lepas hari raya nanti semakin hampirlah pulak peperiksaan PMR untuk Farah anak sulong ku. Kalau setiap tahun aku bimbang memikirkan pelajar-pelajar ku yang akan menghadapi peperiksaan, kali ini aku semakin bimbang bila anak sendiri yang akan masuk ke dewan peperiksaan. Namun aku yakin, guru-guru di SBPI Pekan juga punya harapan yang sama seperti ku terhadap pelajar-pelajar mereka. Aku yakin mereka juga telah memberi bimbingan yang terbaik untuk anak ku. Terima kasih banyak-banyak cikgu-cikgu SBPI Pekan. Sebagai guru dan ibu, hanya doa sahaja yang mengiringi anak-anak ke dewan peperiksaan, setelah segala usaha dicurahkan.
YA ALLAH, ENGKAU MUDAHKANLAH SEGALANYA BAGI ANAK KU DAN PELAJAR KU. AMINNNNNNNNN......

Saturday, May 22, 2010
Cinta Anak Remaja
السلام عليكم.....seorang pelajar pengawas puteri tercegat di depan pintu kelas. "Ustazah...bonda (GPK HEM)panggil ke biliknya. Segera."
"عليكم السلام. Kenapa?", soal ku. "Entah lah, saya pun tak tahu."
Pelajar-pelajar lain di sekeliling ku terpinga-pinga. "Ok...sekejap lagi ustazah datang."
Pengawas puteri itu pun berlalu pergi. Aku kembali meneruskan tugas ku menguji pelajar dalam ujian PAFA. Hari ini aku tidak menjalankan P & P macam biasa kerana hari ini adalah adalah hari sekolah ganti dan pelajar-pelajar pula sedang berada dalam minggu peperiksaan. Peperiksaan pertengahan tahun. Cuma hari Sabtu ni tiada peperiksaan.
Selepas menguji beberapa orang pelajar, aku mohon beredar ke bilik bonda.
Selepas memberi salam, aku masuk ke bilik bonda. Ku lihat dalam bilik itu ada bonda, seorang warden puteri dan seorang pelajar lelaki. Terpandang sahaja pelajar itu, aku dah dapat meneka apa masalahnya.
"Ini mentee saya," aku bersuara.
Pelajar lelaki ini menjadi mentee ku sejak awal tahun ini. Masalahnya dia bercinta dengan seorang pelajar puteri yang dua tahun lebih tua darinya. Bukan soal usia yang jadi masalahnya. Tapi belum masanya dia bercinta.
Melihat wajahnya, seperti dia sedang menanggung beban dan masalah yang besar. Tiada langsung keceriaan dan kegembiraan. Memang muka masalah.
"Apa yang dia dah buat?," soal ku kepada bonda. "Malam tadi dia dating kat tangga," jawab bonda.
"Kan ustazah dah cakap dengan kamu tahun lepas?," aku mengingatkannya. Dia mengangguk.
"Kamu masih terlalu muda untuk semua ini. Sepatutnya kamu fokus pada PMR, bukan buang masa dengan bercinta dan berdating. Malam kan waktu prep, bukan berdating. Belum masanya kamu memikirkan tentang 'future wife'. Sampai masanya, Allah akan temukan kamu dengan pasangan kamu.............," panjang lebar aku berceramah. Kadang-kadang disampuk oleh bonda dan guru warden.
Akhirnya mentee ku ini telah menceritakan masalahnya dan apa yang dilaluinya sepanjang percintaannya dengan pelajar seniornya itu. Dia berjanji akan memutuskan hubungannya kerana setiap kali bertemu mereka selalu bergaduh.
"Lepas ni jangan tulis surat dan jangan bertemu lagi. Nanti kamu akan terus dihanyutkan oleh syaitan. Elakkan dari bertembung dengan dia. Bebaskan diri kamu dari masalah ini. Ada masalah jumpa lah bonda, ustazah atau guru-guru lain yang kamu rasa selesa. Petang nanti bila ibu kamu datang melawat, peluk dia erat-erat, pasti perasaan kamu akan tenang," pesan ku lagi.
Lebih dari dua jam kami menasihatinya. Kami mahu dia berfikir dengan rasional, fikir tentang dosa, fikir tentang ibu dan bapa serta harapan mereka dan fikir tentang tugas dan tanggungjawab dan masa depan yang masih jauh.
Sebelum dia pergi aku sempat berpesan supaya dia bertaubat dan banyakkan membaca al-Quran.
Ini adalah sebahagian dari masalah anak-anak remaja sekarang, terutama yang tinggal di asrama. Sejak awal tahun ini, aku pun dah tak ingat ini kes 'cinta monyet' yang keberapa. Banyak sangat. Daripada kes-kes begini lah yang membawa kepada berlakunya hubungan yang terlarang dan berakhir dengan pembuangan bayi.

Monday, March 01, 2010
PERTANDINGAN SEPANDUK
Tak puas hati
Rumah siap pahat berbunyi.....begitu lah yang berlaku setelah selesai pertandingan perbarisan dan sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431 H peringkat sekolah pada tahun ini. Ada yang merasa usaha-usaha mereka tidak berbaloi dengan keputusan pertandingan yang mereka perolehi. Aku yang menyelaraskan sambutan ini berasa serba salah. Setiausaha sambutan gagal melaksanakan arahan yang aku beri. Ini lah jadinya......Insya Allah tahun depan akan diperbaiki kelemahan-kelemahan yang berlaku. Manusia lemah dan banyak kesilapan. Allah sahaja yang sempurna.............
Wednesday, January 20, 2010
Dunia Seorang Cikgu...
"Ya ALLAH, wanita yg m'baca ini adalah wanita yg cantik, kuat, sabar & aku menyayanginya. KAU tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat, KAu rahmatilah setiap langkahnya dlm mencari rezeki keluarganya. KAU bersihkanlah hatinya. KAU kuatkanlah imannya. KAU peliharalah dia dari difitnah. KAU kuatkanlah ikatan persaudaraan antara aku dan dia. KAU halalkanlah ilmu yang diberikan oleh dia kepada ku. Amin Ya Rabbal Alamin. Ustazah, dikesempatan ini saya ingin memohon berjuta kemaafan daripada ustazah. Maafkan saya sekiranya saya pernah melukakan hati ustazah. Saya tau yg saya banyak melukakan hati ustazah. Terima kasih kerana telah mengajar saya agama. Saya dah anggap ustazah macam ibu saya sendiri. Doakan kejayaan saya dan rakan2 saya. Kenangan bersama ustazah takkan saya lupa. Terima kasih banyak2 ustazah. Saya sayang ustazah. IKHLAS DARI NURUL ATIFAH BINTI KASMI."
20 Jan 2010, 8.15pm.
Inilah SMS paling panjang yang diterima dari seorang bekas pelajar. Terharu rasanya. Hati tertanya2.....ada apa hari ini? Hari Guru kah? Ke...Hari Ibu. Tiba2 terima ucapan sedemikian daripada seorang bekas pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM nya. Selalunya SMS begini disampaikan sempena hari2 yang istimewa. Ah...tak kisah lah.
Begitulah indahnya dunia seorang CIKGU. Kalau saya bukan cikgu, siapa lah yang nak sampaikan ucapan dan doa sebegini( selain anak2 yang soleh/solehah.)?
Terima kasih murid ku.

Friday, January 15, 2010
Minggu yang memenatkan
Wednesday, December 23, 2009
Permohonan Ke SBP
Adik Aina gagal mendapat tempat di SBP seperti yang dipohon. Sebagai ibu kecewa juga rasanya. Tapi tak pe la.....nanti boleh buat rayuan. Tentu ibu bapa yang lain juga merasa kecewa bila anak gagal ke SBP yang menjadi cita-cita ketika anak-anak menduduki UPSR. Cuba lagi. Belajar sungguh-sungguh dan dapat straight A's dalam PMR nanti. Kemudian mohon masuk ke Tingkatan 4 di SBP.
Saturday, December 05, 2009
Seronoknya mendidik.....
Mengajar dan mendidik adalah dua perkara yang berbeza. Mengajar hanya mencurahkan ilmu kepada pelajar. Mendidik adalah usaha mengajar dan membentuk keperibadian pelajar menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai hidup yang dikehendaki oleh agama dan masyarakat.
Guru yang hanya mengajar dan tidak mendidik akan mengajar apa yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran sahaja tanpa mempedulikan akhlak dan jati diri pelajarnya. Yang penting ilmu disampaikan. Soal akhlak dan adab bukan urusan mereka. Kesiannya pelajar yang mendapat cikgu yang menjadi pengajar, bukannya pendidik............
Mengajar dan mendidik anak2 didik memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada guru. Ia menambahkan pengalaman, tapi yang lebih penting ia mematangkan guru2.
Setelah bertahun-tahun mengajar dan mendidik, akhirnya seronok melihat mereka berjaya....
Kemana2 pergi akan ada yang memanggil "cikgu............"
Panggilan 'cikgu' ini akan berkekalan hingga jasad ditelan bumi...................

Subscribe to:
Posts (Atom)