أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Saturday, April 28, 2018

Come back...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sudah bertahun-tahun blog ini ditinggalkan. Hanya dijenguk sesekali....hingga akhirnya terlupa bagaimana cara nak login dan buat posting. Ha ha ha...Puas jugak la mencubanya dan akhirnya berjaya. Alhamdulillah syukur.

Keadaan sudah banyak berubah....dulu bekerja tapi sekarang dah bersara. Dah 16 bulan....kalau baby dah boleh berlari.

Dunia persaraan sangat menggembirakan....fikiran lapang selapang2nya. BP sentiasa stabil...hehe. Tak perlu terkejar2 lagi setiap pagi dan tak perlu lagi memikirkan bagaimana nak memandaikan anak2 murid, dateline dsbnya.

Jadual harian sangat menyenangkan....boleh berlama2 di atas sejadah selepas solat Suboh hingga tinggi matahari. Nak layan FB, IG, Whatsapp bila2 masa pun boleh.  Hari2 dalam seminggu diisi dengan aktiviti2 santai....menjahit, membaca, memasak resepi2 kegemaran, mengikuti kelas mengaji, menyampaikan ilmu kepada yang menginginkan, majlis Marhaban (tak pandai pun....ikut2 je), majlis tahlil dan bacaan Yasin. Hmm...tak de yang menyebabkan stress lagi.

Ok...setakat ini dulu. Panjang2 sangat habis pulak idea nanti...😊😊😊




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...