أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا
Showing posts with label من مطبـخى. Show all posts
Showing posts with label من مطبـخى. Show all posts

Friday, February 04, 2011

Kek Alunan Kasih



resepi kek ni jumpa kat dapur suri.tak berani nak buat banyak layer....bimbang tak cantik. rasanya memang sedap.....agak manis sikit, boleh kurangkan gulanya. Kempen kurangkan gula kan.

Susahnya nak dapat....

Pergi kedai runcit.....takde, pergi pasaraya.....takde, pergi pasar pun takde ikan segar. Yang ada cuma ikan sejuk beku. Entah zaman bila punya ikan tak tau la.

Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina dan ditambah pulak musim tengkujuh ni menyebabkan sukar mendapatkan ikan segar di mana2. Akhirnya jumpa la udang...sedap jugak masak lemak dengan nenas.

"Susah dapat ikan segar sekarang ni....hari ni terpaksa la masak sardin je," tegur seorang wanita sambil membelek2 tin sardin cap ayam.

"Ye la....dah 2 hari menu ayam, jemu jugak."

"Kalau dah terpaksa, masak sardin je la..." katanya.

"Nampaknya macam tu la."

Dia pun mengambil satu tin sardin dan berlalu. Nampaknya aku pun masak sardin jugak la hari ni, buat kawan udang masak lemak dengan nenas.

Sunday, January 30, 2011

Saya budak baru belajar....kalau salah tolong tunjukkan

Tat buah.....cubaan pertama. Kastadnya perlu ditambah lagi.

Sunday, November 21, 2010

MAKARONI GORENG PEDAS

Hari ni tak air. Macam mana nak masak. Masak je la yang mudah2. So inilah menu makan tengah hari......best jugak. Resepi ambil di sini. Tapi tak la pedas sangat...takut ada yang sakit perut nanti.

Sunday, November 14, 2010

LAKSA


Pagi dah bersarapan dengan Nasi Kerabu. Tak kan nak makan nasi lagi....so, makan laksa la pulak. Susah nak dapatkan laksa basah yang dibuat dengan tepong gandum, no choice.....guna je la laksa kering. Ok juga.....sekejap je, habis 2 bungkus laksa. Maklumlah hari minggu, semua ada di rumah.
Posted by Picasa

Monday, October 25, 2010

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN

Akhirnya berjaya juga membuat Kek Kukus Buah-buahan ni....Tempoh masa mengukusnya 4 jam, jadi kenalah ada masa yang panjang. Selalunya hujung minggu banyak tempat nak dikunjungi, sebab tu lah asyik tertunda saja keinginan nak buat kek ni. Resepi dari blog CMG. Bestnya..... komen kawan-kawan di sekolah. Rasanya tak manis sangat. Terima kasih cik Mat.

SPAGHETTI CARBONARA

Apa ye nak dimakan malam ni. Ok...cuba resepi Chef Hanieliza yang ada dalam 1 Hari 1 Resepi (m.s 289). Alamak....spaghetti ada separuh je...fettucini pulak ada sikit. Apa lagi...combine je la.
Akhirnya habis jugak. Makanan berkeju memang favourite anak-anak. Jom makan.....sedapnya!!!!!!!!

MEE CALONG

Ini menu untuk lunch pulak....makanan sihat dan tidak berminyak. Sebenarnya mee calong ni memang terkenal di Beserah, Kuantan. Dimakan pulak dengan keropok lekor...wow...bestnya. Kalau datang ke Beserah, rugi tau kalau tak mencuba mee ni. Bahan utamanya ialah bebola ikan. Nak cuba...? lihatlah buku 1 Hari 1 Resepi dari Chef Hanieliza.

Thursday, October 07, 2010

Akhir Syawal 1431H

Tiba2 rasa nak buat kek la pulak. Kebetulan hari ni adalah hari akhir cik abang puasa Syawal. Nak buat kek apa ye.....cari2 resepi, terjumpa la Chocolate Peppermint Cake dalam blog Mat Gebu. Tapi bahan2 tak cukup......aahhhh, ubahsuai je la resepi kek cik Mat ni. Jangan marah ye Mat. Hehehe...
Sbb ada org tak sabar nak makan, keluar dr oven terus je dipotong. Ini la jadinya. Rasanya....not bad....boleh la cuba. Resepi lengkap rujuk di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega
140 gram tepung naik sendiri (self raising flour)* saya tukar kepada tepung halus
1 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh baking powder
3 biji telur gred "A" (ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja)
120 gram gula halus
1/2 camca besar ovallate
15 gram gliserin + 10 gram air (boleh ganti dengan 25 ml susu segar) - yg ni pun tak bubuh
1 camca besar serbuk koko*
1 camca teh coklat emulco*
1/2 camca teh esen vanilla*
3 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
Sedikit pewarna hijau - saya tak bubuh pun
3 titik perisa pudina - tukar kepada 2 sudu besar jem roselle yg ku buat sendiri

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 150C (utk oven saya), lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi. Perlahan kan kelajuan, masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati.
  4. Bahagi adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan pes coklat, kacau rata. Dan satu bahagian lagi dimasukkan jem roselle, kacau rata juga.
  5. Sudukan 1/2 camca besar kaler coklat, kemudian letak 1/2 camca besar adunan jem roselle, buat berselang seli hingga habis. Bakar 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing.

Monday, February 22, 2010

Cake and Fruit Flan


Tiba-tiba Aina (anak ku yang kedua) minta dibuatkan kek yang di atasnya ada buah-buahan. Oooo........cake and fruit flan rupanya. Memang dah lama betul aku tak buat kek ni. Baru-baru belajar dulu rajin la...bila dah lama tu malas la pulak.
Aku ajak anak-anak ke Giant untuk mencari bahan-bahannya. Buah limau je yang banyak....strawbery tak de. Mujur la ada buah kiwi. Teringat pulak nak beli lemon....buat stok kat rumah. Manalah tau...kalau2 rajin dan ada masa nak buat cheese cake ke. Puas berlegar mencarinya, takde jugak. Musim perayaan Tahun Baru Cina ni susah jugak nak dapat buah-buah tu.

Sunday, January 31, 2010

Hujung Minggu

Kompleks LKIM Kuantan

Kerabu Pucuk Paku dengan Taugeh

Roti Paun

Cuti hujung minggu bagi ibu-ibu yang bekerja memang seronok kerana dapat memasak dengan sempurna untuk keluarga. Kalau hari bekerja terpaksalah makan di kantin. Sebelum balik beli je lauk2 yang dah dimasak dari mana2 kedai makan.
Hari ni pagi2 lagi kami dah keluar. Kali ini aku dan suami ke Kompleks LKIM Kuantan untuk membeli ikan-ikan segar dan murah yang baru dibawa naik dari bot2 yang pulang dari laut. Ikan2nya memang segar. Bestnya ikan tenggiri masak Asam Pedas Melaka dan ikan tamban digoreng garing. Ditambah pulak dengan kerabu pucuk paku dan taugeh.
Tengah hari sempat pulak menggoreng fetuccini untuk Farah yang tinggal di asrama SBPI Pekan.
Petang, menguli roti lah pulak. Kali ini Roti Paun untuk minum teh di petang hari.

Sunday, January 24, 2010

Kek Pisang

Hidangan hujung minggu. Resepi Kek Pisang daripada myresipi.com. Memang best......... semua gemar. Sekejap je habis...........



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...