أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Sunday, May 20, 2012

USANG....

mcm usang je blog ni. bersawang...dah lama tak dijenguk. nanti la....senang2 nanti saya update. sekarang ni tengah sibuk kat rumah baru. tak habis2 lagi berkemas. rumah lama yang ditinggalkan pun nak kena bersihkan. penyewa dah nak masuk. kertas periksa pulak ada 10 bungkus nak disemak.
banyak berita baru tak sempat nak tulis. nanti bila dah selesai semuanya baru boleh tumpu kat blog ni.
Tungguuuu.....

Thursday, March 15, 2012

APPOINTMENT.........

1 Feb 2012....entah temujanji kali keberapa, dah tak ingat. Temujanji kali ini didahului dengan x-ray. Dah siap terus je daftar di Klinik Otopedik (HTAA) sambil membawa gambar x-ray yang dah siap. Macam biasa, lama menunggu nombor giliran dipanggil. Klinik Otopedik ini sentiasa ramai pesakitnya. Akhirnya masuk juga la ke bilik doktor (entah doktor yang keberapa...malas nak mengingatnya....).
Soalan2 yang sama macam biasa....., jawapan pun sama jugak. Kemudian doktor tengok gambar x-ray. Selepas meneliti gambar tersebut, dia panggil pulak rakannya, iaitu doktor yang meminta x-ray dibuat sebelum temujanji kali ini.
Akhirnya....."cikgu nak operation tak?"
"Apa?????......kenapa nak kena operation pulak?"
"Takpe la....jumpa doktor pakar dulu ye..."
Doktor pun mula menulis panjang lebar dan seterusnya menetapkan tarikh temujanji dengan Mr. Jacob, pakar otopedik.
1 Mac 2012......temujanji dengan Mr. Jacob. Macam mana la agaknya doktor ni. Macam doktor pakar sakit puan dulu tu ke.....dah berumur, besar, tinggi dan tegas orangnya (doktor pakar sakit puan yang merawat ku setelah disahkan mengalami 'Molar Pregnancy' semasa hamil kali pertama dulu....1994).
Bila masuk je ke bilik Mr. Jacob.....emmmm, muda lagi orangnya dan tak la besar tinggi macam pakar sakit puan dulu tu.
Mr. Jacob menerangkan satu persatu masalah yang ku hadapi sambil menunjukkan gambar x-ray.
"Tak de masalah dengan pembedahan ni. Lepas pembedahan boleh jalani hidup macam biasa."
"Cuba cikgu tengok gambar x-ray pesakit ni...dia jalani pembedahan 30 tahun yang lalu dan sihat sampai sekarang."
"Kalau tak dibedah, sakit yang cikgu alami sekarang akan berterusan."
"Kalau saya dibedah, berapa lama saya kena cuti..."
"Seminggu dalam wad. Lepas tu cikgu akan jalani fisioterapi lebih kurang sebulan atau lebih."
Fisio lagi...........
Otak ku berputar ligat. Anak nak exam tahun ni, dua orang pulak tu. Murid ku kat sekolah macam mana....silibus tak habis lagi. Nak pindah rumah, nak buat kenduri kahwin.....aahhhh.....banyaknya masalah. Yang sedihnya, kalau terpilih ke Tanah Suci tahun ni terpaksa la ditangguhkan. Apakah perancangan Allah untuk ku?
"Cikgu fikir la dulu....pembedahan boleh dibuat bila cikgu bersedia. Tahun ni boleh...awal tahun depan pun boleh, terpulang pada cikgu."
"Cikgu balik dulu dan datang semula 12 April  nanti, ok!!" Mr. Jacob mengakhiri temujanji kali ini.
Allah menentukan segalanya...tentu ada hikmahnya..............

Sunday, December 25, 2011

CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2011

Cuti sekolah hujung tahun memang agak panjang. Selalunya anak2 akan menghabiskan masa di rumah dengan melayari internet dan menonton TV. Kalau internet tu mesti dengan FB la...apa lagi. Nak bangun pagi punya la susah...... Lepas solat subuh sambung tidur lagi. Jadi tahun ini aku merancang awal2 supaya sebahagian cuti mereka dapat dimanfaatkan dengan lebih baik.
3 hingga 17 Disember kakak dan adik dimasukkan ke Pondok An-Nur di Penor untuk mengikuti Kem Ibadat dan Pembinaan Iman. Dua minggu mereka di sana. Mudah2an aktiviti yang disusun oleh pondok ini selama 2 minggu dapat memberi banyak pelajaran dan pengalaman kepada mereka. Di majlis penutup kem, adik mendapat hadiah pencapaian cemerlang dalam peperiksaan yang diadakan oleh pihak pengurusan Pondok an-Nur. Tahniah dik................
Nawal yang bongsu pulak dihantar mengikuti Kem Mantap Yasin dan Waja Diri selama 3 hari pada 19 - 21 Disember di Kem Cempaka Resort. Tapi sayang takde gambar yang diambil kerana hujan lebat..........
Nawal cuma dapat menghafal 70 ayat je dari surah Yasin......kita sambung kat rumah pulak ye.....

 
Pintu gerbang ke Pondok an-Nur

 suasana di hari terakhir kem.

cuaca mendung dan hujan renyai2


Tuesday, December 13, 2011

BERAHI DAN MORAL


Buang bayi tanda kesakitan sosial Melayu? (Foto AFP)
By Hishamuddin Rais / Yahoo! Malaysia Newsroom – Sun, Dec 11, 2011

Setiap kali saya membaca berita mayat bayi ditemui mati - air mata saya akan berlinang. Saya merasa begitu sedih kerana sebagai warga saya merasa sama bertanggung jawab terhadap tragedi ini. Saya merasakan kita semua sebagai warga wajib bertanggung jawab bersama di atas kematian bayi itu.

Kali pertama saya terbaca berita mayat bayi ditemui ialah pada tahun 1995. Ini hanya beberapa bulan setelah saya pulang ke Malaysia setelah tinggal di luar negara selama 20 tahun. Berita yang saya baca itu melaporkan bagaimana mayat bayi ini telah ditemui dalam bakul motorsikal di tempat letak motosikal di wilayah lapangan terbang Subang. Saya terperanjat besar kerana inilah kali pertama saya terbaca berita sedemikian.

Kemudian — selang beberapa bulan - saya terus membaca laporan berita mayat-mayat bayi yang ditemui mati. Ada yang dijumpai tertanam di tepi batang pisang, di dalam tandas, di tempat pembuangan sampah. Akhirnya saya tidak memiliki kesanggupan untuk membaca. Kalau saya ternampak laporan berita tentang janin atau bayi dalam akhbar saya akan menutup akhbar tersebut. Kali akhir saya terlihat gambar mayat bayi yang dibuang mati telah dihurung oleh semut. Saya hampir muntah melihat gambar ini. Saya hairan dan tidak faham apa tujuan akhbar ini memaparkan gambar ini.

Aduh! Apa yang sebenarnya sedang berlaku?
Saya sering menimbulkan persoalan ini. Dalam tulisan dan dalam forum-forum terbuka saya akan bertanya dan menimbulkan kisah-kisah bayi dibuang. Di forum-forum ini saya akan mendakwah untuk membawa pencerahan kepada warga agar dapat melihat kes bayi dibuang ini dari satu sudut yang berbeza.
Ketika ini saya melihat seolah-olah kita — warga dewasa dan pemimpin masyarakat — telah sampai ke jalan buntu apabila berhadapan dengan kes bayi dibuang. Malah kerana bayi dibuang mati sering dilaporkan maka kita semua telah menjadi lali. Berita sedemikian tidak lagi memeranjatkan kita semua.

Di forum terbuka secara sedar saya memanjangkan leher bersuara untuk mengajukan satu lagi cara memandang masalah yang sama. Saya bukanlah seorang pendakwah moral. Saya berdakwah dengan membuka surah tentang kematian James Bulger. Jimie - nama manja kanak-kanak yang baru berumur 3 tahun - telah dibunuh oleh dua orang kanak-kanak yang berumur 9 tahun. Tragedi pembunuhan kanak-kanak ini berlaku pada tahun 1993 di Liverpool England. Tragedi ini berlaku ketika itu saya masih lagi warga kota London.

Apabila berita tragedi ini dilapor media — bukan sahaja masyarakat Britain yang terperanjat, malah seluruh warga Eropah terkejut sama. Dari Stockholm hingga ke Sardinia warga Eropah tertanya-tanya. Persoalan muncul: Apa telah berlaku dalam masyarakat British? Dari mana kesilapan ini datang? Apa punca tragedi ini?

Apa yang menarik perhatian saya ketika itu ialah bagaimana satu tragedi ini telah memanggil semua anggota masyarakat untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat. Para profesor kaji masyrakat, para akedemia, para agamawan, pekerja sosial, politikus, pemimpin masyarakat, ibu dan ayah — semuanya membincangkan tragedi kematian Jimie. Satu kematian anak kecil ini telah membuka mata setiap warga di Britain. Saya ulangi - hanya satu kes kematian - telah membuka mata seluruh negara.

Bagaimana pula sikap masyarakat Malaysia apabila berhadapan dengan tragedi bayi ditemui mati dibuang. Bukan seorang. Bukan dua. Bukan sepuluh. Jangan terperanjat apabila saya nyatakan statistik rasmi disini.

Dari 2000-2006 seramai 580 bayi telah dibuang. Dari awal tahun hingga bulan Ogos ini seramai 73 bayi telah dibuang. Ada yang dijumpai di tepi tong sampah, dalam tong sampah, tertanam dalam belukar dan ada yang ditemui di rumah kosong. Seramai 29 bayi yang dibuang ini telah ditemui hidup manakala 44 orang telah ditemui mati. Ini angka rasmi dari pihak polis sendiri.

Jangan terperanjat apabila saya berani menyatakan bahawa saya cukup yakin ibu bapa bayi-bayi tersebut pastilah dari anak muda dan gadis Melayu. Melayu yang saya maksudkan di sini pastilah beragama Islam. Bayi-bayi ini lahir dan kemudian dibuangkan adalah hasil dari hubungan seksual di luar nikah.

Justeru, kerana masyarakat terus menganggap bayi-bayi yang dibuang ini bayi Melayu maka yang awal bersuara ialah para agamawan kita. Untuk saya para agamawan ini hanyalah birokrat agama yang mungkin terdidik dalam bahasa Arab di Jordan atau di Mesir. Para birokrat agama ini hanya bersuara dengan membawa hujah-hujah moral. Lalu dijanjikan api neraka sebagai balasan kerana membuang anak yang tidak berdosa.

Para birokrat agama ini menggunakan api neraka, dosa dan pahala sebagai hujah dalam usaha untuk memadamkan keinginan seksual anak-anak muda. Saya menolak hujah moral sebagini. Hujah moral yang dijaja oleh para birokrat agama telah terbukti tidak membawa apa-apa makna kepada anak-anak muda yang testosterone sedang memuncak.

Saya berani berkata sedemikian kerana dari tahun 2008 — 2010 terdapat 152,000 apa yang dipanggil kelahiran anak di luar nikah. Ini adalah stastik rasmi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Angka ini menunjukan bahawa hujah moral telah tidak berjaya mengurangkan testosterone anak-anak muda yang baru belajar 'mengawan'.

Dari angka-angka ini saya menimbulkan persoalan kenapa hanya bayi Melayu sahaja yang dibuang? Kenapa hanya hanya anak gadis Melayu sahaja yang melahirkan anak di luar nikah. Apakah anak gadis Cina, anak muda India tidak memiliki keupayaan untuk bersenggama?

Saya menimbulkan persoalan ini kerana amat jelas tragedi pembuangan bayi ini rata-rata sedang melanda masyarakat Melayu/Islam. Pembuangan bayi ini adalah manifestasi kesakitan sosial yang sedang melanda masyarakat Melayu.

Cuba bayangkan 580 bayi dibuang mati. Jumlah ini sama dengan satu batalion askar Melayu DiRaja. Cuba bayangkan 73 orang bayi dibuang tahun ini. Jumlah ini sama dengan dua buah kelas darjah satu di Sekolah Kebangsaan Bangsar.

Kerana fakta di atas, saya telah menolak hujah moral. Sebagai ganti saya mengajukan bahawa telah sampai masanya kita menerima hakikat yang masyarakat Melyu tradisional sedang mengalami perubahan struktur sosial. Perubahan sosial masyarakat Melayu ini dibawa datang oleh perubahan asas ekonomi. Kalau dahulu Melayu tradisional bertani di kampong-kampong kini telah wujud generasi kedua Melayu yang hidup memburuh di dalam kota.

Perubahan struktur sosial yang dibawa oleh ekonomi ini juga telah membuka perhubungan sosial yang baru antara anggota masyarakat. Kalau dahulu jejaka dan gadis hanya bertemu ketika kenduri kedara. Gadis pingitan bertemu jejaka di hari perkahwinan hanya tinggal sebagai kisah yang lampau. Hari ini anak gadis dan sang jejaka bertemu siang dan malam.

Saya tidak menolak peranan agamawan tetapi jelas kelihatan pendekatan moral telah meleset dan gagal. Saya juga tidak menolak bahawa pandangan para agamawan ini berniat baik, jujur dan ikhlas. Tetapi di sini yang kita perlukan bukan nait baik atau kejujuran. Niat baik sahaja tidak akan memberhentikan anak —anak muda dari melakukan hubungan seksual.

Berahi seksual dialam remaja tidak hanya dapat dilentur dengan mandi air sejuk atau jampi serapah. Ianya memerlukan satu pendekatan baru. Kepul asap sebagai alat menghantar maklumat tidak mungkin mengatasi maklumat sms dari talipon bimbit.

Justeru, kita wajib berani melihat bayi yang dibuang ini sebagai tanggung jawab kita semua. Para agamawan tidak memonopoli kebenaran. Para politikus wajib lebih berani membuat keputusan. Para ilmuwan dari semua cabang ilmu wajib turut sama memberi pandangan dan pendapat. Tua dan muda wajib berbincang sama hal ini.

Saya yang mendakwah untuk membawa pencerahan mencadangkan anak anak muda kita diberitahu tentang nikmat hubungan seksual. Tidak perlu orang tua-tua — oldtai — berselindung dan cuba menafikan bahawa bersenggama itu memang seronok dan penuh nikmat. Tetapi anak anak muda juga wajib disedarkan bahawa hasil dari hubungan seksual itu memungkin melahirkan seorang insan.

Justeru kita akan memberi tabik hormat jika mereka memilih untuk tidak bersenggama. Tetapi kalau tekanan testosterone cukup merangsang saya mencadangan anak-anak muda menggunakan kondom. Untuk sementara waktu saya berpendapat hanya kondom yang akan dapat mengurangkan bayi dibuang mati. Saya juga berpendapat bahawa orang tua-tua telah kehilangan modal dan hujah untuk melunturkan kemudaan anak-anak muda.

Saya tidak mahu air mata saya terus berlinang membaca berita penemuan mayat bayi yang ditanam di belakang reban ayam. Masanya telah sampai untuk kita semua mendewasa dan bukan terus berselindung dibelakang tabir moral.

Saturday, November 26, 2011

AKTIVITI AKHIR TAHUN 2011

Tiba2 warga sekolah dikejutkan dengan pertukaran Tuan Pengetua. Perkara biasa bagi semua penjawat awam....SYMP (saya yang menurut perintah). Majlis perpisahan diatur dengan tergesa-gesa....akhirnya majlis pun berlangsung di Hotel Zenith pada 27 Okt.2011.


 sempat juga bergambar dengan Dato' Mariam
yg turut hadir dlm majlis tersebut

 Tn. Hj. Mokhtar

 posing sambil menunggu kawan2 keluar dari dewan jamuan

Membukakan 'hadiah istimewa' utk Tn. Hj. Mokhtar

Majlis Korban:
Tahun ini ada peluang melakukan ibadat korban bersama ahli keluarga....alhamdulillah. Lepas solat sunat Aidil Adha, sembelihan korban pun dijalankan. 

 Inilah korban ku tahun ini....

12 Zulhijjah 1432......sembelihan korban dilaksanakan pula di sekolah.....lembu untuk korban disumbangkan oleh PM. Ada pelajar komplen...."kenapa lembunya kecil? Ustazah kata kalau nak korban mesti binatang korban tu gemuk dan sihat."
"Ini bukan kita yang cari...orang bagi, ambik je lah."

Ramai pelajar kata, ini lah pengalaman pertama mereka melihat sembelihan korban. Alhamdulillah....sumbangan ini dapat memberi pengalaman berharga kepada pelajar. Selesai sembelihan, mereka diminta melapah dan menyiang daging beramai2.

Esoknya....warga sekolah menikmati jamuan daging korban dalam jamuan makan tengah hari. Sebelah petangnya pula...menikmati sup tulang setelah selesai Majlis Anugerah Kokurikulum.

ALHAMDULILLAH.......

menyaksikan sembelihan korban 

 menyiang daging.....


 tunjuk cara menyiang daging oleh Ustaz Fuad
(murid ku yg dah jd ustaz)

22 Oktober 2011....diundang menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Sultan Ahmad Shah anjuran Exsas (anjuran alumni SEMSAS). Tahun ini majlis ini diadakan di Hotel Zenith, Kuantan. Meriah. Ramai bekas pelajar yang hadir. Paling gembira dapat bertemu dengan bekas2 pengetua.

 bersama bekas pelajar

 bersama bekas pengetua...Dato' Seri Abdul Ghafar Mahmud
(KPPM sekarang ni...)

 bersama KDYMM Sultan dan Sultanah Pahang



 bersama bekas pengetua yg dah bersara..Tn. Hj. Abas

Dato' Seri Abdul Ghafar....bertanya khabar

Thursday, November 03, 2011

FADILAT IBADAT KORBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:


Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Sebagai penebus dosa. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

• Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.
  Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

والله أعلم

Tuesday, September 27, 2011

TRAVELOG SYAHADAH

Selesai sudah membaca kisah saudara baru Muhammad Rashidi Abdullah dalam bukunya TRAVELOG SYAHADAH. Juga telah melayari blog penulis dan membaca tulisan-tulisan beliau.
Kenapa saudara baru lebih menghayati keindahan Islam berbanding orang Islam sendiri yang dilahirkan sebagai Muslim?
Fikir2kan..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...