أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Saturday, November 26, 2011

AKTIVITI AKHIR TAHUN 2011

Tiba2 warga sekolah dikejutkan dengan pertukaran Tuan Pengetua. Perkara biasa bagi semua penjawat awam....SYMP (saya yang menurut perintah). Majlis perpisahan diatur dengan tergesa-gesa....akhirnya majlis pun berlangsung di Hotel Zenith pada 27 Okt.2011.


 sempat juga bergambar dengan Dato' Mariam
yg turut hadir dlm majlis tersebut

 Tn. Hj. Mokhtar

 posing sambil menunggu kawan2 keluar dari dewan jamuan

Membukakan 'hadiah istimewa' utk Tn. Hj. Mokhtar

Majlis Korban:
Tahun ini ada peluang melakukan ibadat korban bersama ahli keluarga....alhamdulillah. Lepas solat sunat Aidil Adha, sembelihan korban pun dijalankan. 

 Inilah korban ku tahun ini....

12 Zulhijjah 1432......sembelihan korban dilaksanakan pula di sekolah.....lembu untuk korban disumbangkan oleh PM. Ada pelajar komplen...."kenapa lembunya kecil? Ustazah kata kalau nak korban mesti binatang korban tu gemuk dan sihat."
"Ini bukan kita yang cari...orang bagi, ambik je lah."

Ramai pelajar kata, ini lah pengalaman pertama mereka melihat sembelihan korban. Alhamdulillah....sumbangan ini dapat memberi pengalaman berharga kepada pelajar. Selesai sembelihan, mereka diminta melapah dan menyiang daging beramai2.

Esoknya....warga sekolah menikmati jamuan daging korban dalam jamuan makan tengah hari. Sebelah petangnya pula...menikmati sup tulang setelah selesai Majlis Anugerah Kokurikulum.

ALHAMDULILLAH.......

menyaksikan sembelihan korban 

 menyiang daging.....


 tunjuk cara menyiang daging oleh Ustaz Fuad
(murid ku yg dah jd ustaz)

22 Oktober 2011....diundang menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Sultan Ahmad Shah anjuran Exsas (anjuran alumni SEMSAS). Tahun ini majlis ini diadakan di Hotel Zenith, Kuantan. Meriah. Ramai bekas pelajar yang hadir. Paling gembira dapat bertemu dengan bekas2 pengetua.

 bersama bekas pelajar

 bersama bekas pengetua...Dato' Seri Abdul Ghafar Mahmud
(KPPM sekarang ni...)

 bersama KDYMM Sultan dan Sultanah Pahang



 bersama bekas pengetua yg dah bersara..Tn. Hj. Abas

Dato' Seri Abdul Ghafar....bertanya khabar

Thursday, November 03, 2011

FADILAT IBADAT KORBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:


• Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

• Sebagai penebus dosa. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

• Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

• Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.
  Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

والله أعلم

Tuesday, September 27, 2011

TRAVELOG SYAHADAH

Selesai sudah membaca kisah saudara baru Muhammad Rashidi Abdullah dalam bukunya TRAVELOG SYAHADAH. Juga telah melayari blog penulis dan membaca tulisan-tulisan beliau.
Kenapa saudara baru lebih menghayati keindahan Islam berbanding orang Islam sendiri yang dilahirkan sebagai Muslim?
Fikir2kan..........

Thursday, September 22, 2011

Petua Awet Muda

alt
Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur

Wednesday, August 31, 2011

سلامت هاري راي عيد الفطري

الله أكبر  الله أكبر  الله أكبر........ Idil Fitri datang lagi. Semoga Idil Fitri kali ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan buat semua. Apa lagi kedatangannya bersama dengan Hari Kemerdekaan ke 54 negara kita. Sama2lah kita menghayati kedua2nya.
Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI kepada semua kenalan walau di mana saja berada.  كل عام وأنتم بخير

Sunday, August 07, 2011

AL-QURAN, ANDA DAN SYAITAN

Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia menjadi kejang.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan sehari-hari, ia stroke. ............


Rajin2 lah membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan AL-QURAN...............

RAMADHAN KAREEM..........

5 Ogos 2011 / 5 Ramadhan 1432H - saya menyampaikan tazkirah di perhimpunan pagi Jumaat sebagai salah satu aktiviti dalam Program Ihya' Ramadhan tahun ini. Tazkirah kali ini adalah mengenai kelebihan puasa Ramadhan.
Tiba2 hati rasa sayu bila bercakap tentang para sahabat Rasulullah S.A.W. yang berasa sedih dengan berlalunya bulan Ramadhan. Tahun lepas, bila berakhirnya bulan Ramadhan hati berdetik........"apakah akan sempat bertemu lagi dengan Ramadhan?"
Dan tahun ini masih berkesempatan bertemu dengan Ramadhan 1432H. Kali ini hati berkata2 lagi..........."akan adakah lagi Ramadhan bagi ku.....?"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...