السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sudah bertahun-tahun blog ini ditinggalkan. Hanya dijenguk sesekali....hingga akhirnya terlupa bagaimana cara nak login dan buat posting. Ha ha ha...Puas jugak la mencubanya dan akhirnya berjaya. Alhamdulillah syukur.
Keadaan sudah banyak berubah....dulu bekerja tapi sekarang dah bersara. Dah 16 bulan....kalau baby dah boleh berlari.
Dunia persaraan sangat menggembirakan....fikiran lapang selapang2nya. BP sentiasa stabil...hehe. Tak perlu terkejar2 lagi setiap pagi dan tak perlu lagi memikirkan bagaimana nak memandaikan anak2 murid, dateline dsbnya.
Jadual harian sangat menyenangkan....boleh berlama2 di atas sejadah selepas solat Suboh hingga tinggi matahari. Nak layan FB, IG, Whatsapp bila2 masa pun boleh. Hari2 dalam seminggu diisi dengan aktiviti2 santai....menjahit, membaca, memasak resepi2 kegemaran, mengikuti kelas mengaji, menyampaikan ilmu kepada yang menginginkan, majlis Marhaban (tak pandai pun....ikut2 je), majlis tahlil dan bacaan Yasin. Hmm...tak de yang menyebabkan stress lagi.
Ok...setakat ini dulu. Panjang2 sangat habis pulak idea nanti...😊😊😊
فاستبقوا الخيرات
Berlumba-lumbalah melakukan kebaikan/kebajikan.....
أسرتى
Saturday, April 28, 2018
Friday, December 11, 2015
Berita gembira - Persediaan Haji 2015M/1436H
Disember 2014 adalah bulan yang menggembirakan aku kerana mendapat surat tawaran menunaikan haji. Hasrat yang terpendam sekian lama tercapai iaitu ingin menunaikan rukun Islam yang kelima. Dulu, semasa mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun 2007, pihak Tabung Haji telah memaklumkan bahawa giliran aku dan suami ialah pada tahun 2015. Terasa amat lama menunggu giliran......namun aku memaksa suami ikut sama mengikuti kursus haji pada tahun tersebut hingga selesai. Cuma amali haji sahaja yang kami tidak ikut serta.
Ada juga hasrat hendak membuat rayuan kepada Tabung Haji (TH) untuk diawalkan giliran kami tetapi terasa bersalah pulak kerana seolah-olah aku akan mengambil hak orang lain. Aku sangat yakin, jika sampai masanya Allah menjemput kami sebagai tetamuNya pasti kami akan sampai juga ke Tanah Suci.
Pertengahan Februari 2015, aku mula mengikuti kursus haji sekali lagi. Banyak sekali pengetahuam baru yang aku perolehi daripada kursus haji tersebut (aku sebenarnya dah bertahun-tahun mengajar topik ibadat haji ini di sekolah). Pengetahuan baru tentang haji ini ialah berkaitan hukum-hukum bagi masalah-masalah yang telah diputuskan dalam Muzakarah Haji saban tahun.
Satu perkara yang sangat aku bimbangi ialah mampukah aku mengerjakan ibadat haji dengan keadaan kesihatan diri ku? Aku tidak boleh berjalan jauh kerana masalah post polio syndrome yang aku alami. Sejak menjalani pembedahan Total Hip Replacement (THR) pada tahun 2012, aku tidak dapat lagi berjalan pada jarak yang jauh kerana mengalami masalah post polio syndrome pada kaki kiri ku. Kaki kanan yang telah menjalani pembedahan THR, Alhamdulillah tidak lagi bermasalah. Aku cuma perlu berhati-hati agar prosthesis yang dipasang berada tetap pada tempatnya dan tidak tercabut.
Setelah berbincang dengan suami, kami membuat rayuan kepada TH untuk membawa bersama anak perempuan kami Farah 'Aini agar dia dapat membantu ku semasa di Tanah Suci. Kerana itu Farah memohon menangguhkan kuliahnya iaitu semester keempat (semester 4 sepatutnya menjalani praktikal). Dengan itu Farah mula mengikuti kursus haji bersama kami walaupun belum menerima jawapan daripada TH. Setiap hari aku berdoa agar Farah dapat ikut bersama mengerjakan haji.
Kursus haji berjalan selama 17 minggu dan selesai menjelang bulan Ramadhan 1436H. Kursus berakhir dengan amali haji dan penilaian bertulis. Daripada 25 soalan yang dijawab hanya 23 sahaja yang betul.......sedangkan suami ku mendapat 25/25. Kelakar pulak rasanya ustazah yang mengajar haji di sekolah gagal mendapat markah penuh (sebenarnya jawapan yang salah itu kerana tidak memahami maksud soalan. Agaknya begitu lah yang berlaku kepada para pelajar di sekolah).
Bersambung.........

Saturday, December 06, 2014
SYAIR IMAM AS-SYAFIE R.A
Saya amat meminati kisah-kisah Imam As-Syafie.....begitu juga dengan syair-syair beliau. Syair-syair beliau memberi banyak pengajaran dan motivasi kepada saya. Sebagai guru, saya juga sering menceritakan kisah-kisah Imam ini untuk dijadikan iktibar oleh pelajar-pelajar saya.
“Selamat Tinggal Rasa Malas”
#dahlupadimanaambiksyairni
“Selamat Tinggal Rasa Malas”
Imâm
asy-Syâfi’i rahimahullâh berkata dalam syairnya:
تَصَبَّرْ عَلَى مُرِّ الجَفَا مِنْ مُعَلِّمٍ ** فَإِنَّ رُسُوْبَ
الْعِلْمِ فِيْ نَفَرَاتِهِ
“Bersabarlah atas
pahit getirnya jauh dan asing dari Sang Guru ** Karena bersemayamnya ilmu (di
dalam hati), diraih dari talqîn dan penjelasan Sang Guru (maka janganlah
berpaling darinya).”
فَمَنْ لَمْ يَذُقْ مُرَّ التَعَلُّمِ سَاعَةً ** تَجَرَّعَ ذُلَّ الجَهْلِ
طُوْلَ حَياتِهِ
“Barangsiapa belum pernah
merasakan pahitnya menuntut ilmu walau sesaat ** Ia kan menelan hinanya
kebodohan sepanjang hidupnya.”
وَمَن فاتَهُ التَعليمُ وَقْتَ شَبابِهِ ** فَكَبِّر عَلَيْهِ أَربَعاً
لِوَفاتِهِ
“Barangsiapa
menyia-nyiakan waktu menuntut ilmu di masa mudanya ** Maka bertakbirlah empat
kali atas kematiannya (maksudnya: shalati jenazah orang tersebut, karena
pada hakikatnya orang yang menyia-nyiakan masa mudanya, adalah orang yang telah
lama mati sekalipun ia masih berjalan di muka bumi).”
Penyair lain berkata:
اُطْلُبِ الْعِلمَ وَلَا تَكْسَلْ فَمَا ** أَبْعَدَ
الْخَيْرَ عَلَى أَهْلِ الْكَسَلْ
“Tuntutlah ilmu,
dan jangan malas. ** Betapa jauhnya kebaikan dari seorang pemalas.”
وَاحْتَفِلْ لِلْفِقْهِ فِي الدِّيْنِ وَلَا ** تَشْتَغِلْ عَنْهُ بِمَالٍ
أَوْ خَوَلْ
“Timbunlah kefaqihan
dalam agama ** Dan jangan engkau disibukkan darinya dengan harta dan hamba
sahaya—wanita—).”
وَاهْجُرِ النَّوْمَ وَحَصِّلْهُ فَمَنْ ** يَعْرِفِ الْمَطْلُوْبَ
يَحْقِرْ مَا بَذَلْ
“Jauhkan diri dari
tidur (berlena-lena), dan panenlah ilmu ** Barangsiapa mengenal nilai sebuah
tujuan yang mulia (yaitu: ilmu), maka ia akan meremehkan segenap
pengorbanan—untuk meraihnya—.”
لَا تَقُلْ قَدْ ذَهبَتْ أَرْبَابُهُ ** كُلُّ مَنْ سَارَ عَلَى الدَّرْبِ
وَصَلْ
“Jangan pernah
berkata: ‘Sudah berlalu masa para alim ulama (kita tidak mungkin menyamai
tingginya pencapaian mereka).’ ** Karena siapa saja yang menempuh suatu
jalan, dia pasti akan sampai pada tujuan (sekalipun tujuan tersebut amatlah
jauh dan tinggi).”
#dahlupadimanaambiksyairni
Sunday, December 01, 2013
Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.Punca utama kerosakan hati adalah:
1. Terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
3. Terlalu banyak makan.
4. Tidak mengambil sarapan.
5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna
makanan, dan perasa tiruan.
7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan
mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan
yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun.
Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam
keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-
betul fit.
8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban
berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah
atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus
dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan. Kita harus
mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan.
Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ….
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm – 11pm): Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.
Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (1am – 3am): Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (3am – 5am): Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.
Awal pagi (5am – 7am): Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi.
Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali.
Lewat tidur dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

Wednesday, November 20, 2013
10 NOVEMBER 2013
"10 hb nanti kita buat makan2 nak tak?'
"Ok....nak masak apa."
"Maksu nak masak laksa tapi guna spagheti je."
"Ok jugak tu. Nanti la fikir dulu nak masak apa."
Akhirnya pada 10 hb hanya aku yang masak dengan dibantu anakanda Farah. Maksu tak jadi masak pun. (Hari lahir kami sama, tahun je yang berbeza). Bukan nak sambut hari lahir pun sebenarnya, cuma dah lama jugak kami tak buat makan2 bersama.
Maka pada 10 hb. jadilah tiga menu ni......brownie coklat, spagheti aglio olio dan burger saiz XXXXL. Ye ke?
Idea nak masak menu ni datangnya setelah makan di Bulan Cafe bersama adik dan anakanda Farah.
Aku makan spagheti dan adik pulak makan burger. Anakanda Farah mintak pulak side order brownie coklat.
Roti burger dan dagingnya dibuat sendiri. Memang enak. Inilah hasilnya....
Brownie dimakan dengan ais krim vanila....hmmm.......

Friday, September 06, 2013
Bunga...oh, bunga.....
Bunga....apakah perasaan anda bila menerima kuntuman2 bunga yang cantik dan harum baunya? Aduh....tentu hati pun berbunga2. Semua orang tertarik dengan bunga.
Keindahan dan kecantikan yang ada pada bunga inilah yang mendorong saya memborong berpasu2 bunga ros dan bunga raya dari nursery yang jauhnya hampir 100km dari rumah. Tambah seronok apabila encik hubby pun turut meminatinya.
Sebelum berpindah ke rumah baru ni saya pernah berpakat dengan encik hubby untuk menanam pelbagai warna dan rupa bunga raya. Saya mahu halaman dipenuhi bunga raya yang pelbagai warna.
Bunga ros....?
Saya mula tertarik dengan bunga ros apabila bercuti di Cameron Highlands. Melihat post2 bunga ros dari teman2 FB semakin menambat hati saya untuk memenuhkan halaman dengan keindahannya.
Mari kita nikmati kecantikan dan keindahan bunga ros......

Bunga raya mudah menjaganya berbanding bunga ros. Yang menarik pada bunga raya ialah ia sentiasa mengeluarkan bunga tanpa henti. Boleh dikatakan bunga raya akan kembang setiap hari.
Sekarang dah ada berbagai warna dan bentuk bunga raya ditanam di atas tanah atau pun pasu2 besar.
Inilah bunga2 raya yang sempat saya snap.........
Insya Allah, nanti saya akan upload lagi pelbagai warna dan rupa bunga yang ada di laman tu.
Ada tak sesiapa yang mempunyai bunga raya berwarna ungu? Saya sedang mencarinya. Di sekolah saya tu ada bunga raya ungu tapi segan pulak nak mintak dengan pakcik tukang kebun. Cuba cari dulu, kalau takde kenalah ringankan mulut mintak dengan pakcik tu...
Subscribe to:
Posts (Atom)