أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Friday, May 24, 2013

Hello............

Aduhai.............lamanya saya meninggalkan blog ni. Kadang2 malas melanda. Kadang2 tu tak sempat....... tapi yang sebenar-benarnya sekarang ni lebih banyak menggunakan Samsung Galaxy Tab 7.0. Lebih mudah dan boleh akses internet di  mana2 saja. Nak berhubung dengan kawan2 pun lebih senang....dan yang paling penting ianya percuma sama ada nak call, sms atau pun nak panggilan video.....free. Itu yang penting.....jimat kos....cuma bayar langganan Data Plan saja. Lebih jimat daripada menghantar SMS menggunakan line telepon yang ada.
Nak guna WhatsApp ke, Line ke, Viber ke atau pun Tango. Terpulang kepada aplikasi yang juga digunakan oleh rakan kita.  Mcm2 application ada. Tak larat nak download je.....atau pun nak jimat space...
Melalui aplikasi2 ni boleh la berbual dengan kawan2 seberapa lama yang mau. Sepanjang hari pun tak pe. Tak berbayar kan.....luangkan je masa yang ada.
Saya paling seronok kerana dengan teknologi komunikasi ni saya telah menemui semula kawan2 sekolah yang telah terpisah lebih 30 tahun lalu. Mula2 tu bertemu di laman sosial Facebook. Kemudian berhubung dan berbual dalam group yang diwujudkan di WhatsApp. Banyak betul isu yang boleh disembangkan. Musim PRU 13 dulu sembang pasal politik....lepas tu mengenai isu yang muncul hasil drp PRU 13 dan pelbagai lagi. Walaupun ada di antara kami mempunyai fahaman politik yang berbeza, kami masih boleh berdiskusi secara baik dan harmoni. Sambil2 tu bercerita tentang hal2 keluarga masing2 dan sebagainya.

Sekarang ni sekolah dah mula cuti. Insya Allah esok 25 Mei akan bertolak ke Kedah. Menghantar anak mendaftar di Kolej Matrikulasi Kedah. Dalam perjalanan pulang nanti akan singgah di Cameron Highland. Insya Allah....hotel pun telah di booking.

Ok la.....dah tengah hari. Nak masak pulak......Assalamualaikum wbt......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...