أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Thursday, March 15, 2012

APPOINTMENT.........

1 Feb 2012....entah temujanji kali keberapa, dah tak ingat. Temujanji kali ini didahului dengan x-ray. Dah siap terus je daftar di Klinik Otopedik (HTAA) sambil membawa gambar x-ray yang dah siap. Macam biasa, lama menunggu nombor giliran dipanggil. Klinik Otopedik ini sentiasa ramai pesakitnya. Akhirnya masuk juga la ke bilik doktor (entah doktor yang keberapa...malas nak mengingatnya....).
Soalan2 yang sama macam biasa....., jawapan pun sama jugak. Kemudian doktor tengok gambar x-ray. Selepas meneliti gambar tersebut, dia panggil pulak rakannya, iaitu doktor yang meminta x-ray dibuat sebelum temujanji kali ini.
Akhirnya....."cikgu nak operation tak?"
"Apa?????......kenapa nak kena operation pulak?"
"Takpe la....jumpa doktor pakar dulu ye..."
Doktor pun mula menulis panjang lebar dan seterusnya menetapkan tarikh temujanji dengan Mr. Jacob, pakar otopedik.
1 Mac 2012......temujanji dengan Mr. Jacob. Macam mana la agaknya doktor ni. Macam doktor pakar sakit puan dulu tu ke.....dah berumur, besar, tinggi dan tegas orangnya (doktor pakar sakit puan yang merawat ku setelah disahkan mengalami 'Molar Pregnancy' semasa hamil kali pertama dulu....1994).
Bila masuk je ke bilik Mr. Jacob.....emmmm, muda lagi orangnya dan tak la besar tinggi macam pakar sakit puan dulu tu.
Mr. Jacob menerangkan satu persatu masalah yang ku hadapi sambil menunjukkan gambar x-ray.
"Tak de masalah dengan pembedahan ni. Lepas pembedahan boleh jalani hidup macam biasa."
"Cuba cikgu tengok gambar x-ray pesakit ni...dia jalani pembedahan 30 tahun yang lalu dan sihat sampai sekarang."
"Kalau tak dibedah, sakit yang cikgu alami sekarang akan berterusan."
"Kalau saya dibedah, berapa lama saya kena cuti..."
"Seminggu dalam wad. Lepas tu cikgu akan jalani fisioterapi lebih kurang sebulan atau lebih."
Fisio lagi...........
Otak ku berputar ligat. Anak nak exam tahun ni, dua orang pulak tu. Murid ku kat sekolah macam mana....silibus tak habis lagi. Nak pindah rumah, nak buat kenduri kahwin.....aahhhh.....banyaknya masalah. Yang sedihnya, kalau terpilih ke Tanah Suci tahun ni terpaksa la ditangguhkan. Apakah perancangan Allah untuk ku?
"Cikgu fikir la dulu....pembedahan boleh dibuat bila cikgu bersedia. Tahun ni boleh...awal tahun depan pun boleh, terpulang pada cikgu."
"Cikgu balik dulu dan datang semula 12 April  nanti, ok!!" Mr. Jacob mengakhiri temujanji kali ini.
Allah menentukan segalanya...tentu ada hikmahnya..............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...