أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Tuesday, March 22, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H PERINGKAT SEKOLAH

N3 terlewat kerana kelambatan mendapat foto2 dari jurukamera.........................tak kisah lah ye........
      
       19 Februari 2011 adalah hari sekolah ganti bagi menggantikan cuti sempena Tahun Baru Cina. Jawatankuasa Pembangunan Rohani dan Bina Insan sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat sekolah. Sambutan hari ini adalah kemuncak bagi Minggu Sambutan Maulidur Rasul. Sepanjang minggu ini juga telah dijalankan Majlis Tadarus al-Quran yang dipenuhi dengan pertandingan Tilawah al-Quran, hafazan al-Quran, syarahan Agama dan Syarahan Bahasa Arab. Semua pertandingan ini adalah antara rumah.
       Sempena sambutan ini, diadakan pertandingan perarakan, sepanduk dan multimedia antara rumah.Seawal 7.30 pagi semua pelajar dan guru telah berkumpul di Dataran Akhlak asrama. Semua rumah bersiap sedia dengan sepanduk dan pakaian yang dihias indah berdasarkan warna rumah masing-masing. Semua rumah berusaha gigih bagi memastikan kemenangan milik mereka.
      Tepat jam 8.00 pagi semua rumah memulakan perarakan hingga ke padang sekolah. Setelah para hakim menjalankan penghakiman, semua rumah meneruskan perarakan hingga ke Dewan al-Khawarizmi.
Selawat berkumandang sepanjang perarakan hingga ke dalam dewan.
      Acara di dewan bermula dengan bacaan selawat dan seterusnya pertandingan multimedia bertemakan Maulidur Rasul. Acara berakhir dengan pengumuman keputusan pertandingan-pertandingan (yang telah diadakan sepanjang minggu Maulidur Rasul) dan penyampaian hadiah. Rumah Apollo telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan dalam pertandingan sempena Sambutan Maulidur Rasul.

 Pengetua dan Penolong2 Kanan memulakan perarakan


AJK BADAR

 Rumah Apollo


 Rumah Cosmos

 Rumah Soyuz

 Rumah Skylab

 Masuk ke Dewan al-Khawarizmi




 Mengumumkan keputusan pertandingan (sebagai Penyelaras Program)

Saturday, March 19, 2011

Isu Al Kitab: Mufti Perak bimbang umat Islam marah, tak puas hati

The Malaysian Insider – Fri, Mar 18, 2011 7:45 AM
Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memberi amaran keputusan Putrajaya untuk melepaskan naskhah kitab Injil yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching akan membawa kepada rasa tidak puas hati dan kemarahan orang umat Islam.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Harussani berkata beliau bimbang umat Islam akan bangkit menentang keputusan itu dan menyebabkan lebih banyak ketegangan dalam situasi semasa yang dilihat sangat sensitif.

“Saya takut, apa pun boleh berlaku di sini. Orang tidak gembira dan apa jua boleh berlaku,” kata beliau lagi.

Harussani berkata beliau telah berusaha untuk berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak mendengar keputusan itu Selasa lalu bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memenuhi gesaan pemimpin-pemimpin Kristian dan beberapa parti politik agar melepaskan Al Kitab, dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Tetapi, saya tidak dapat bercakap dengan beliau (Najib) dan pembantu beliau juga tidak dapat menawarkan saya dengan sebarang maklumat,” katanya lagi.

Masyarakat Kristian dan Islam negara ini terlibat dalam ‘rebutan’ berkaitan dengan penggunana kalimah Allah sejak beberapa tahun lalu dan ia berakhir dengan kes mahkamah di mana pada akhir 2009 keputusannya memihak kepada gereja Katolik yang menerbitkan akhbar The Herald.

Bagaimanapun Peguam Negara membuat rayuan dan ia masih di peringkat Mahkamah Rayuan.

Umat Islam menganggap kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh mereka.

Bagaimanapun penganut Kristian pula berhujah ia adalah perkataan Arab yang turut digunakan oleh pengiut agama lain termasuk Yahudi bagi merujuk kepada Tuhan, termasuk di negara-negara Arab dan Indonesia.

Harussani berkata, tidak kira sama ada isu itu masih didengar di mahkamah atau sebaliknya, kalimah Allah hanya harus digunakan oleh umat Islam dan eksklusif bagi mereka.

Harussani juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara pada 25 Mac ini untuk membincangkan perkara tersebut dan berusaha memujuk pihaknya agar menghentikan pelepasan naskhah Al Kitab.

“Saya juga akan cuba bertemu dengan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Saya akan bercakap dengan mereka,” katanya lagi.

Harussani menambah, beliau tiada pilihan memandangkan berhadapan dengan tekanan daripada masyarakat Islam untuk menghentikan naskhah-naskhah itu daripada dikeluarkan.

“Sejak diumumkan tentang pelepasan (naskhah Al Kitab), saya menerima SMS demi SMS. Umat Islam memberitahu saya yang mereka marah dan mereka bertanya saya, mencabar saya ... apa yang hendak dilakukan?

“Disebabkan saya selalunya lantang dalam isu-isu ini, jadi apa yang perlu saya lakukan? Saya akan cuba bertemu dengan kementerian,” katanya lagi.

Harussani berkata umat Islam tidak menentang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, tetapi hanya perkataan Allah yang digunakan sebagai pengganti kepada Tuhan.

“Alasan kami mudah. Islam adalah agama rasmi di negara ini dan Allah, dalam al-Quran, didefinisikan sebagai “Yang Maha Tunggal’, yang bermakna satu-satunya Tuhan,” kata beliau lagi.

Harussani berkata meskipun kementerian membenarkan pelepasan dengan dua syarat tetapi tiada jaminan bahawa naskhah-naskhah itu tidak akan sampai ke tangan Muslim.

“Apa jaminan yang mereka ada? Apa jaminan yang mereka ada bahawa mereka (masyarakat Kristian) tidak akan menyebarkannya kepada Muslim?

“Mereka akan berkata, oh, kami tidak memaksa mereka (Muslim) untuk mengambil kitab itu, mereka sendiri akan mengambil. Jadi mengapa mencetuskan masalah ini?” katanya lagi.

Selasa lalu, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata langkah kerajaan itu adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kitab itu mesti dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian sahaja”.

“Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya,” katanya.

Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan menggangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah Allah.

“Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan kitab Injil tersebut,” katanya.

Wednesday, March 16, 2011

Impak Buruk Zina

Menurut Ibnu Qayyim, antara impak buruk perbuatan zina ke atas penzina ialah:
1. Terhalangnya rezeki.
2. Pendeknya usia.
3. Malu yang sangat mendalam sehingga apabila bertemu sahabatnya dia akan memalingkan mukanya dengan wajah yang merah padam.
4. Hatinya sentiasa gelisah, sakit, resah, merasa takut dan rasa tidak menentu yang menyebabkannya jauh daripada malaikat dan dekat dengan syaitan.

Friday, March 11, 2011

HAPPY BIRTHDAY BOS........

Seawal 7.30 pagi semua guru berkumpul di kantin sekolah. Tn. Pengetua dijemput dan terperanjat melihat kami sedang menanti dan menyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu.......
                                                  بارك الله لك وبارك عـليك
Dalam keadaan tergesa-gesa sempat juga kami meraikan birthday pengetua Tn. Hj. Mokhtar kerana pagi ini kami akan bertemu ibubapa pelajar PMR dan SPM 2011 sempena Hari Akademik dan jam 10.00 pagi akan berlangsung pula Mesyuarat Agung PIBG ke 34 / 2011.
Pemandangan di dalam Dewan Iqra' semasa Hari Akademik.

Pelajar-pelajar membantu di meja pendaftaran
di Dewan al-Khawarizmi sebelum mesyuarat agung

JANGAN BANYAK ALASAN ANAKKU........

Semasa sesi taklimat tentang program hari esok dan hujung minggu ini, handphone ku berdering dengan lagu Maher Zain.
"Ummi.....ummi kat mana."

"Ummi ada taklimat sekejap....nak balik dah ke."

"Tunggu sekejap ye."

Belum habis taklimat, aku minta diri dari kaunselor yang sedang menerangkan perjalanan program hari esok.
"Minta diri dulu.....anak dari sekolah call nak balik ke rumah."

"Ok....takpe, pergi la.."

Aku bergegas pergi.....nak ambil mak dulu. Ambil mak dari rumah lama kami dan hantar dia pulang ke rumah adik...(mak tinggal dengan adik).

"Kenapa tak gi sekolah ni?" aku menyoal anak bongsu ku Nawal yang tiba2 terjengul di tepi kereta ku.

"Pagi  tadi dia tak pergi mengaji pun......" Ibu ku menyampaikan laporan.

Nawal menunjukkan dahinya yang kelihatan sedikit lebam.

"Kena bola...budak tendang bola, kena dahi Nawal."

"Apa kena mengenanya sampai tak gi sekolah?"

"Dahi sakit."

"Tadi tak gi mengaji....kenapa pulak?"

"Sakit perut....," Nawal memberi alasan.

"Entah ye ntah tidak....kalau sakit perut macam mana boleh pergi tengok orang main bola sampai terkena dahi...?" Aku cuba memerangkap Nawal. Nawal terdiam.......

"Hari ini ummi tak benarkan Nawal tengok tv atau main games di komputer." Aku menetapkan hukuman untuk Nawal.

Disebabkan Nawal tak ke sekolah hari ini, Iman (sepupu Nawal) pun tak pergi sekolah juga.

"Kenapa Iman tak sekolah hari ni?" aku menyoalnya.

"Terlupa jadual," Iman memberi alasan.

Sepanjang petang hari ni Nawal patuh semua perintah ku. Disuruh sembahyang, cepat je dia pergi. Kalau tidak liatnya disuruh solat. Agaknya takut kerana dah buat kesalahan besar hari ni.

Ooooo....ada aje alasan. Begitu lah kerenah anak-anak. Anak bongsu ku ini memang selalu ponteng mengaji. Target nak khatam al-Quran hujung tahun lepas tidak tercapai. Dia mesti khatam tahun ini juga. Aku perlu buat sesuatu. Dia dah di Tahun 3 sekarang ni. Cuti sekolah minggu depan ni dia akan diwajibkan qadha mengaji......

"Ya Allah....Kau jadikan lah anak2 ku anak yang rajin mengerjakan solat, mengaji dan belajar."

 ............رب إجعـلنى مقيم الصلوة ومن ذريتى ربنا وتـقبل دعائى 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...