أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Sunday, May 30, 2010

FACEBOOK........Tahukah anda???????

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto...dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008', iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Saturday, May 22, 2010

Cinta Anak Remaja

السلام عليكم.....seorang pelajar pengawas puteri tercegat di depan pintu kelas. "Ustazah...bonda (GPK HEM)panggil ke biliknya. Segera."
"عليكم السلام. Kenapa?", soal ku. "Entah lah, saya pun tak tahu."
Pelajar-pelajar lain di sekeliling ku terpinga-pinga. "Ok...sekejap lagi ustazah datang."
Pengawas puteri itu pun berlalu pergi. Aku kembali meneruskan tugas ku menguji pelajar dalam ujian PAFA. Hari ini aku tidak menjalankan P & P macam biasa kerana hari ini adalah adalah hari sekolah ganti dan pelajar-pelajar pula sedang berada dalam minggu peperiksaan. Peperiksaan pertengahan tahun. Cuma hari Sabtu ni tiada peperiksaan.
Selepas menguji beberapa orang pelajar, aku mohon beredar ke bilik bonda.
Selepas memberi salam, aku masuk ke bilik bonda. Ku lihat dalam bilik itu ada bonda, seorang warden puteri dan seorang pelajar lelaki. Terpandang sahaja pelajar itu, aku dah dapat meneka apa masalahnya.
"Ini mentee saya," aku bersuara.
Pelajar lelaki ini menjadi mentee ku sejak awal tahun ini. Masalahnya dia bercinta dengan seorang pelajar puteri yang dua tahun lebih tua darinya. Bukan soal usia yang jadi masalahnya. Tapi belum masanya dia bercinta.
Melihat wajahnya, seperti dia sedang menanggung beban dan masalah yang besar. Tiada langsung keceriaan dan kegembiraan. Memang muka masalah.
"Apa yang dia dah buat?," soal ku kepada bonda. "Malam tadi dia dating kat tangga," jawab bonda.
"Kan ustazah dah cakap dengan kamu tahun lepas?," aku mengingatkannya. Dia mengangguk.
"Kamu masih terlalu muda untuk semua ini. Sepatutnya kamu fokus pada PMR, bukan buang masa dengan bercinta dan berdating. Malam kan waktu prep, bukan berdating. Belum masanya kamu memikirkan tentang 'future wife'. Sampai masanya, Allah akan temukan kamu dengan pasangan kamu.............," panjang lebar aku berceramah. Kadang-kadang disampuk oleh bonda dan guru warden.
Akhirnya mentee ku ini telah menceritakan masalahnya dan apa yang dilaluinya sepanjang percintaannya dengan pelajar seniornya itu. Dia berjanji akan memutuskan hubungannya kerana setiap kali bertemu mereka selalu bergaduh.

"Lepas ni jangan tulis surat dan jangan bertemu lagi. Nanti kamu akan terus dihanyutkan oleh syaitan. Elakkan dari bertembung dengan dia. Bebaskan diri kamu dari masalah ini. Ada masalah jumpa lah bonda, ustazah atau guru-guru lain yang kamu rasa selesa. Petang nanti bila ibu kamu datang melawat, peluk dia erat-erat, pasti perasaan kamu akan tenang," pesan ku lagi.

Lebih dari dua jam kami menasihatinya. Kami mahu dia berfikir dengan rasional, fikir tentang dosa, fikir tentang ibu dan bapa serta harapan mereka dan fikir tentang tugas dan tanggungjawab dan masa depan yang masih jauh.

Sebelum dia pergi aku sempat berpesan supaya dia bertaubat dan banyakkan membaca al-Quran.

Ini adalah sebahagian dari masalah anak-anak remaja sekarang, terutama yang tinggal di asrama. Sejak awal tahun ini, aku pun dah tak ingat ini kes 'cinta monyet' yang keberapa. Banyak sangat. Daripada kes-kes begini lah yang membawa kepada berlakunya hubungan yang terlarang dan berakhir dengan pembuangan bayi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...