أسرتى

أسرتى
أنـا أحـبكـم حـبا جـدا

Wednesday, December 23, 2009

Permohonan Ke SBP

Adik Aina gagal mendapat tempat di SBP seperti yang dipohon. Sebagai ibu kecewa juga rasanya. Tapi tak pe la.....nanti boleh buat rayuan. Tentu ibu bapa yang lain juga merasa kecewa bila anak gagal ke SBP yang menjadi cita-cita ketika anak-anak menduduki UPSR. Cuba lagi. Belajar sungguh-sungguh dan dapat straight A's dalam PMR nanti. Kemudian mohon masuk ke Tingkatan 4 di SBP.

Thursday, December 17, 2009

Kenduri kahwin

Dua tiga hari ni sibuk membuat persiapan majlis kahwin anak saudara sebelah suami. Seronok juga buat kerja bergotong royong ni, dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga dan jiran tetangga.
Pengantin lelaki akan singgah di rumah sebelum majlis akad nikah. Kenalah mengemas dan menyiapkan bilik untuk tetamu dari Terengganu ni.
Sementara tu hujan turun setiap hari. Harap2 di hari kenduri nanti cuaca akan berubah lebih baik. Bimbang juga kenduri dalam hujan lebat, ramai undangan yang tidak dapat hadir nanti. Perkara ini pernah berlaku semasa kenduri kahwin anak saudara di rumah kami ni tahun 2003 dulu. Inilah risikonya kenduri di hujung tahun pada musim tengkujuh.

menyiapkan cenderamata untuk tetamu

tak siap lagi ni

Thursday, December 10, 2009

Diskusi Biasiswa










Diminta oleh Pengetua menjadi salah seorang panel dalam diskusi biasiswa. Tujuan diskusi ini ialah untuk menjadi panduan kepada pelajar dalam membelanjakan wang biasiswa yang mereka perolehi seperti yang telah dilakukan oleh ahli panel semasa bersekolah dulu. Rakan-rakan panel ialah Cikgu Asrul dan Datin Kamariah (kawan sebilik semasa di KISAS dulu)

Saturday, December 05, 2009

Khasiat Bawang Putih

Author: NORAINI ZAKARIA

Rakan Muslim sekalian,Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang melanda dunia.Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 70 org, hampir 2000 dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti dengan jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan yang timbul akibat jangkitan ini.Saya telah berbicara dengan beberapa Ustaz dan Doktor Muslim berkaitan Jangkitan ini. Ada beberapa perkara menarik yang saya ingin sentuhkan di sini melalui perbualan yang telah terjadi.
1. H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI). Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya sendiri terpegun dan tertanya-tanya.... betul ker? Dan dia memberi satu alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.
i. Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di Mexico, dan dinamakan SWINE FLU( SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik balik dan dinamakan Influenza A H1N1. Kini, pihak WHO mengadakan ianya bukan dari babi, tetapi dari satu jangkitan yang tidak diketahui dari mana datangnya. kemungkinan besar adalah mutate dari semua jenis penyakit yang dibawa oleh babi. Tiada kepastian yang dapat diberi dari mana datangnya penyakit ini. Soalannya dari mana ia datang?
ii. Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud saya ialah jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7 hari mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yang memeningkan kepala ialah ketepatan masa yang diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita sendiri tahu, penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan lain2, pesakit juga akan mati....tetapi bukan dalam masa yang terancang seperti ini.
iii. Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat boleh mencipta vaksin dalam masa yang sekejap? Sekarang sebanyak 1800 sukarelawan sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI satu bulan virus ini tersebar. Harga jualan vaksin ini pula....... kita pun tidak tahu, tapi kenapa WHO menyatakan bahawa sebanyak US60b diperlukan, kemana duit itu pergi?
iv. Rakan saya juga berkata, ada pihak yang mengaut keuntungan dari penyakit ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan terlebih dahulu supaya lebih ramai pengidapnya dn lebih banyak wang yang masuk. UBATNYA TELAH ADA, jika betul mereka ini cekap, kenapa masih tiada vaksin untuk AIDS, Vaksin untuk SARS? Kita terus memandang tinggi manusia yang mencipta vaksin ini
v. Yang penting dari perbualan kami tadi ialah......apa kata jika virus ini digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang ISLAM?... yang pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma sebarkan sahaja penyakit ini......tunggu..... dan dalam masa tak sampai sebulan mencapai kemenangan!!! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan “PIHAK KAMI MENANG TANPA MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI YANG DIJANGKITI!.”..... so... apa yang ada dapat dari ayat ini?, macam biasa dengar di IRAQ & AFGHANISTAN kan?

2. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yang diturunkan kepada MANUSIA. Perkara ini juga tidak dapat saya nafikan atau tolak kemungkinannya.Pendapat ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan tadi. Banyak dalil yang disertakan, Cuma yang ingin saya sentuh ialah......dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah menjatuhkan pelbagai penyakit kepada kaum2 terdahulu kerana menolak dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah satu penyakit itu adalah H1N1. Kita pula?....... Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau SIHAT lawannya SAKIT..... tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita fikir bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang perkara ini. Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya adalah ASAP NERAKA untuk manusia.... walluhualam...

3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita.Kebanyakan kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio ' tersebut. PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.
1. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi,adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak percaya....cubalah!
5. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya:
1. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2. Perbanyakkan penggunaan bawang putih dalam masakan
3. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara... mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4. Kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......
Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya. Tak salah kita mencubanya. Insya- Allah Tolong Sebarkan.......semoga Allah merestui kita....amin

Sekian terima kasih

credit kepada :Hapizal Ramli

Seronoknya mendidik.....

Mengajar dan mendidik adalah dua perkara yang berbeza. Mengajar hanya mencurahkan ilmu kepada pelajar. Mendidik adalah usaha mengajar dan membentuk keperibadian pelajar menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai hidup yang dikehendaki oleh agama dan masyarakat.
Guru yang hanya mengajar dan tidak mendidik akan mengajar apa yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran sahaja tanpa mempedulikan akhlak dan jati diri pelajarnya. Yang penting ilmu disampaikan. Soal akhlak dan adab bukan urusan mereka. Kesiannya pelajar yang mendapat cikgu yang menjadi pengajar, bukannya pendidik............
Mengajar dan mendidik anak2 didik memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada guru. Ia menambahkan pengalaman, tapi yang lebih penting ia mematangkan guru2.
Setelah bertahun-tahun mengajar dan mendidik, akhirnya seronok melihat mereka berjaya....
Kemana2 pergi akan ada yang memanggil "cikgu............"
Panggilan 'cikgu' ini akan berkekalan hingga jasad ditelan bumi...................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...